Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Selamat Tahun Baru Murid SK Permatang..Selamat Kembali Ke Alam Persekolahan | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Khamis, 10 Januari 2013

Selamat Tahun Baru Murid SK Permatang..Selamat Kembali Ke Alam Persekolahan

Asalamualaikum..syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita warga SK Permatang dapat bertemu semula di tahun 2013 ini. Sedar tak kita semua, kira-kira sudah hampir 2 minggu persekolahan murid-murid sekarang bermula sesi sekolah pada, 2 Januari, hari Rabu. Sekejap sahaja masa itu.Justeru itu, tidak terlewat lagi rasanya pihak admin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua warga SK Permatang.
Murid Prasekolah sudah ke Tahun Satu, Tahun Satu meningkat sudah ke Tahun Dua dan seterusnya. Apa yang penting azam murid-murid semua pada Tahun 2013. Semua murid-murid perlu ada azam setiap kali melangkah ke sekolah, bukannya hanya menunggu setiap awal tahun, tetapi murid-murid dinasihatkan supaya setiap hari sebelum pergi ke sekolah sudah memasang azam, di rumah lagi. Tentu murid-murid ada azam kan? mesti ada..kalau tidak di mana hala tuju kita terutama di dalam pelajaran.
Begitu juga kepada murid tahun 6 pada tahun ini, kerana sudah semestinya UPSR menanti anda. Apa yang penting dalam diri anda, mestilah mempunyai MATLAMAT HIDUP.. sekadar azam sahaja tidak mencukupi, kecuali Matlamat diri..semoga tahun baru ini merubah segalanya demi kecemerlangan SK PERMATANG..


0 comments:

Catat Ulasan