Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Mei 2013 | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Isnin, 20 Mei 2013

Sambutan Majlis Hari Guru

Tarikh : 16 Mei 2013
Tempat : SK Permatang
Masa : 7.40 pagi hingga 1.00 tengahari

Kami warga SKP mengucapkan terima kasih kepada YB Dato' Zainol Fadzi di atas 'banner' hari guru ini.
Acara Senamrobik (sebelum sukaneka)

aktiviti memanaskan badan sebelum senamrobik.
ada ke kiri, ada yang ke kanan..hihi.
Ketua jurulatih, siapa lagi, kalau bukan Cikgu Khairy.
ikut ye..

lompat bintang..
Acara Sukaneka Bermula
murid prasekolah tidak ketinggalan melihat cikgu-cikgu bersukan.

semangat kesukanan..

teacher Siva penuh hati-hati.
pasukan kumpulan Cikgu Jumudin.
cikgu zainal muka nya dah bertepung.
amboi, ustaz Khairul, siap bertuala lagi..hihi.
PK HEM, Cikgu Jumud-din juga mengambil bahagian.

Senyum je ustazah Khadijah..

lari..jangan tak lari.

 Jamuan makan dan acara penutup majlis
kek 'sponser'. Terima kasih kami ucapkan.

sesi memotong kek sebagai tanda rasmi, bersama dengan wakil PPD, En. Muhammad Yusof.


ucapan daripada wakil PPD.

murid-murid mendengar ucapan.


ucapan daripada Guru Besar.
bacaan ikrar.
guru SKP membaca ikrar.
ceria murid-murid Tahun 1 ni.
sesi menyanyi, lagu "kami guru malaysia".
ceria sungguh cikgu sukimi menyanyi..semangat cikgu.
Kami guru Malaysia, Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin, Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka, Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita, Panduan hidup kami semua.
Di bidang pembangunan, Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi, Kami tak persiakan
Apa yang kami janji, Tunai tetap kami tunaikan
Di bidang pembangunan, Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi, Kami tak persiakan
Apa yang kami janji, Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan

persembahan koir daripada murid tahun 3.


persembahan murid tahun 4, pentomin kisah hari guru.
persembahan yang mencuit hati, berbakat rupenya budak lelaki tahun 5 ni.

persembahan menari daripada tahun 5.

Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru, Terima Kasih Guruku !


Selamat Hari Guru admin ucapkan kepada semua insan yang bergelar guru, terutama guru di SK Permatang. Semoga tema pada tahun ini, "Guru Malaysia; 1 Aspirasi 1 Agenda" , menepati dan tercapai dalam mendidik anak murid sehingga memperolehi kejayaan yang cemerlang. 


LAGU TERIMA KASIH CIKGU
(ditujukan khas buat cikgu di SKP dan semua yang bergelar Guru)

Tulus setiamu cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depan
Dari ABCDE 1,2 dan 3 hingga aku tahu baca dan kira
Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu

Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya
Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu
Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu
Terima kasi pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih pada mu cikgu

Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu
Terima kasih pada mu cikgu (terima kasih cikgu)
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku (terima kasih cikgu)
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu!!



Ahad, 12 Mei 2013

Tema Hari Guru 2013, "GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI, 1 AGENDA"

Setiap tahun, setiap bulan Mei, yang jatuh pada 16 Mei, seluruh sekolah di Malaysia, akan menyambut majlis Hari Guru. Sambutan Hari Guru yang diadakan bertujuan mengingati segala jasa baik guru dalam mendidik anak murid bangsa, sehinggalah berjaya seperti sekarang. Oleh itu, jasa pengorbanan guru adalah amat besar buat kita semua, daripada tidak tahu apa-apa, kita menjadi pandai membaca mengira, sehinggalah berjaya menjadi manusia yang berguna kepada negara. Justeru, kita sebagai anak murid, hendaklah menghormati guru kita, kerana ilmu yang diturunkan adalah daripada guru kita. Jika kita sentiasa menghormati guru, mendengar kata guru, menolong guru, ilmu yang di sampaikan kepada kita sentiasa berkat, dan secara tidak langsung, kita mudah berjaya di dalam peperiksaan dan bidang kerjaya kita.

Tema Hari Guru pada tahun ini ialah, "GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI, 1 AGENDA". Berikut adalah huraian kepada tema tersebut ;

HURAIAN 1 ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1 AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Selamat Hari Ibu


"Selamat Hari Ibu" admin ucapkan kepada semua yang bergelar ibu, di SK Permatang. Kepada murid-murid pula, hargai lah ibu kita, hormatilah ibu kita, sayangilah ibu kita, kerana ibu kita adalah orang yang paling banyak berjasa kepada kita semua. Tanpa ibu, siapa lah kita di sini.