Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan (1M1S) 1Malaysia | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2015

Khamis, 26 Julai 2012

Program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan (1M1S) 1Malaysia

BAGAIMANA WUJUDNYA PROGRAM SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA?
Pelancaran  Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia Peringkat Kebangsaan
1. Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia  bertujuan  untuk  menghidupkan  kembali dan mengaktifkan semula aktiviti senamrobik di sekolah selaras dengan: 
1.1  Surat  Pekeliling  Ikhtisas  (SPI)  Bil.  10/1988:  Senaman  Beramai-ramai  Untuk Meningkatkan  Kecergasan  Dan  Tahap  Kesediaan  Murid  dan  Guru  Untuk  Bersukan Disamping Melibatkan Penyertaan Beramai-Ramai; dan 
1.2  Laporan  Jawatankuasa  Kabinet  Mengkaji  Pelaksanaan  Dasar  Pelajaran  1979  juga memperakukan: Sekolah-sekolah  hendaklah  mengadakan  senaman  beramai-ramai yang melibatkan penyertaan semua murid.
2. Mesyuarat  Jawatankuasa  Pembangunan  Sukan  Sekolah  Siri  4  Bil.  1/2012  yang  dipengerusi  oleh  YAB Timbalan  Perdana  Menteri  merangkap  Menteri  Pelajaran  Malaysia  pada 27 Februari 2012 telah bersetuju Bahagian Sukan menganjurkan Senamrobik Serentak  1Murid 1Sukan 1Malaysia pada tahun ini.   Memandangkan pada bulan Julai setiap tahun,  Bahagian Sukan menganjurkan Bulan Kecergasan KPM, adalah sesuai tarikh ini dipilih bagi  Majlis Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan.
3. Aktiviti  senamrobik  merupakan  senaman  sesi  memanaskan  badan  yang  menarik  sebelum  melaksanakan  aktiviti  bersukan.   Melalui  senamrobik,  tahap  kesediaan  untuk  melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang disamping  membantu meransang  otot  dan  tubuh  badan  secara  teratur.   Aktiviti  senamrobik  merupakan  senaman  yang  terancang  yang  boleh  dilakukan  beramai-ramai  untuk  meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.
4. Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu  meningkatkan  prestasi  paru-paru  dan  mengurangkan  implikasi  saluran  darah  tersumbat  disebabkan  kolesterol.   Melalui  aktiviti  senamrobik,  murid-murid  dan  guru-guru  dapat  meningkatkan  kecergasan  fizikal  seterusnya  mampu  melakukan  aktiviti  seharian  tanpa  merasa  letih.    Keupayaan  fizikal  yang  optimum  melalui  aktiviti  senamrobik  meningkatkan  kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat.
5. Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua  lapisan  masyarakat dan peringkat umur.  Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana  senamrobik:
  • merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress  serta meningkatkan kekuatan fungsi otak. 
  • dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit  jantung dan pembuluh darah.
  • dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor.
  • dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan sihat.
OBJEKTIF SENAMROBIK 1M1S
Senamrobik  1Murid  1Sukan  1Malaysia  dijadikan  amalan  di  sekolah-sekolah  bagi  mencapai objektif berikut:
  1. meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan. 
  2. melibatkan penyertaan semua murid.
  3. mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas. 
  4. mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul. 
  5. meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp.
MATLAMAT SENAMROBIK 1M1S
Matlamat  mengadakan  aktiviti  senamrobik  ini  adalah  untuk  melahirkan  generasi  murid  yang  cergas  dan  sihat,  dan  membudayakan  senaman  sebagai  amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka.  Menerusi senamrobik, setiap murid akan  tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta  dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti  senamrobik  ini  juga  bertujuan  membina  keyakinan  diri  murid  supaya  yakin  melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

KESIMPULAN SENAMROBIK 1M1S
Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia  Sempena  Pelancaran  Bulan  Kecergasan  Peringkat  Kebangsaan  KPM  2012  diharapkan  dapat  mengembalikan  semula  keaktifan  aktiviti  senamrobik  di  sekolah.  Senamrobik  ini  juga  diharapkan  sebagai  satu  platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang  mudah dan menyeronokkan.

SEKITAR PANORAMA SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA DI SK PERMATANG PADA 10 JULAI 2012

Sesi Pendaftaran Bagi Ibu Bapa :

wakil ibu, sungguh ceria mereka.
tidak lupa daripada wakil bapa.
Sebelum acara senamrobik dimulakan :

kelihatan murid-murid tahap 1 juga sangat seronok menunggu aktiviti senamrobik bermula.
Guru SK Permatang, Cikgu Su dan Cikgu Khyree dengan semangatnya bersama anak didik sebelum acara senamrobik bermula.


Guru Besar memberikan ucapan perasmian sebelum Pelancaran Senamrobik di mulakan.
Acara perasmian, dirasmikan oleh,En. Abdul Halim Bin Abdul Rashid iaitu Ketua Kg Permatang. Banner ini telah dihasilkan oleh cikgu sekolah kita, iaitu Cikgu Halim..tahniah diucapkan, kerana hasil seninya sangat cantik.

Acara senamrobik berlangsung :

 Cikgu Khyree dan Cikgu Suraini di lantik sebagai "Jurulatih Senamrobik" pada hari tersebut.




Murid-murid mengikut gaya yang diajarkan oleh jurulatih..murid prasekolah juga tidak ketinggalan, dan nampaknya mereka sangat seronok..

pusing kanan...pusing kiri.. :)


Cikgu perempuan juga tidak kurangnya juga..semua semangat semasa bersenam..tengok tu Uztazah dan Teacher Siva..sungguh happy.. :)

tidak lupa, kaum ibu..siapa kata, kaum ibu tiada masa.. ('',)

anak murid SK Permatang..macam-macam gaya, walaupun di depan mereka, ada jurulatih..tapi tak sama..hehe
semangat kesukanan..Guru besar..

Gaya jurulatih..terbaik..

 semua lain-lain..tetapi yang belakang tu pun, dah macam jurulatih pula.. :)




semuanya semangat..bagus !!


murid prasekolah pun ceria semasa bersenam.

hahh, ni apa kes ni..ni senamrobik ke, "senam gado"..hehe. (just kiding)

Ceria sungguh ckgu suraini masa ni..


penutup lagu senamrobik, "chicken dance", semua murid semangat habis..lagu rancak katakan.

penat le tu..

cantiknya..pemandangan awan itu..

Alhamdulillah..sudah selesai..bye..

0 comments:

Catat Ulasan