Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Program Motivasi Jati Diri | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Jumaat, 1 Mac 2013

Program Motivasi Jati Diri

Tajuk : Motivasi Jati Diri Tahun 6 / 2013
Tarikh : 5 Februari 2013
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Makmal Komputer

PENGENALAN
Dewasa ini pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan oleh pihak sekolah ke arah mempertingkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri pelajar terutamanya terhadap murid tahun 6 yang akan bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Mereka adalah aset sekolah yang amat penting sama ada dalam bentuk kuantiti atau kualiti yang dihasilkan oleh sekolah.

OBJEKTIF
Untuk memberikan pendedahan bagaimana membentuk sahsiah diri yang baik dan cemerlang sebagai seorang pelajar yang boleh dibanggakan oleh pihak sekolah, ibu bapa, guru-guru dan masyarakat serta negara.

Program motivasi ini bertujuan memberikan pendedahan kepada anak murid SK Permatang, dan secara tidak langsung memberikan menerapkan nilai-nilai murni sebagai seorang pelajar. Program ini pihak sekolah kita, telah menjemput penceramah khas, dari bahagian unit kaunseling, iaitu, En. Hasnan bin Abdul Hamid, selaku guru bimbingan kaunseling dari SK Kampung Bahagia, Teluk Intan. Apa yang admin dapati, banyak ilmu yang bermanfaat, input dan output dari slot ceramah yang di sampaikan oleh En. Hasnan. Ianya amat berguna kepada murid-murid, dan admin berharap pelajar SK Permatang dapat pengajaran, serta mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Apakah maksud Jati Diri?
berdasarkan daripada Kamus Dewan, perkataan "Jati" membawa maksud, sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti. (Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.)

Manakala, perkataan "Jati Diri" pula di definisikan sebagai, identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian situasi.

Disebalik tabir ketika program motivasi berlangsung :

sebelum slot ceramah, PK Pentadbiran, Cikgu Hajah Masitah memberikan sedikit ucapan kepada  pelajar, dan mengingatkan supaya mendengar slot ceramah dengan teliti, tekun dan bersemangat.


En. Hasnan memperkenalkan dirinya. beliau juga menerangkan serba sedikit apa yang di maksudkan jati diri  kepada pelajar.

murid-murid mendengar taklimat pengenalan sebelum ceramah tentang jati diri pelajar yang lebih mendalam.
gambar 1
gambar 2
gambar 1 & 2 : penceramah memperkenalkan kepada murid-murid tentang zon terapi alfa. iaitu terapi minda bawah sedar.
kusyuk murid-murid melihat eksperimen yang telah dilakukan kepada 2 pelajar lelaki mengenai zon terapi alfa.
slot sesi memperkenalkan maklumat diri. adik Zul Fadhli di minta hadir ke depan untuk memperkenalkan dirinya, dari segi maklumat ibu bapa, adik beradik, pelajaran dan lain-lain.

penceramah menerangkan tujuan sesi ini untuk mewujudkan keyakinan diri apabila bercakap di khalayak ramai. kerana kata penceramah, bukan semua orang boleh bercakap di hadapan orang ramai. secara tidak langsung, sesi ini juga bertujuan untuk mengkaji keturunan / genetik keluarga, untuk menentukan faktor kejayaan seseorang pelajar.
memberikan tumpuan..
gambar 3
gambar 4
gambar 3 & 4 : penceramah menunjukkan slide show.



gambar 5
gambar 6
gambar 7

Slot terakhir penceramah, slot yang admin rasa menusuk hati, menyentuh hati, bukan sahaja di kalangan guru yang hadir, tetapi kepada semua murid. Slot ini dikategorikan sebagai slot munasabah diri, menyucikan diri, terhadap perbuatan apa yang di lakukan terutamanya adab kepada ibu bapa. slot ini dapat memberikan pengajaran di mana mendidik kekuatan rohani kepada diri sendiri agar dapat membentuk jati diri yang terbaik.
dalam keadaan gelap, disertai alunan lagu 'background' yang santai, dengan kata-kata penceramah yang menyentuh hati, membuatkan keadaan di makmal komputer 'hiba' seketika.


penceramah menyentuh dan mengingatkan kepada pelajar yang ada, tentang pengorbanan ibu bapa dalam mendidik kita, membesarkan kita..dan mengingatkan pengorbanan seorang ibu yang telah melahirkan kita.
gambar 8
gambar 9
gambar 10
gambar 11
gambar 8, 9, 10 & 11 : murid-murid sudah mula berasa sedih dengan kata-kata yang di ungkapkan oleh penceramah. terutama bab ibu bapa.
persembahan terbaik..
murid lelaki yang berjaya menitiskan air mata dahulu..menghayati setiap apa yang di sampaikan penceramah.
sudah menangis kesedihan.

zul..menitiskan airmata..sayu..

teresak..

cikgu suffian dan cikgu suraini kelihatan memantau murid-murid.

tunduk terlalu sebak..

cikgu zaitun juga memantau untuk mententeramkan murid.
di antara murid yang mengangkat tangan, semasa slot ini penceramah meminta murid berlaku jujur jika ada membuat kesalahan yang disebutkan, dan hendaklah jujur mengaku.

makmal komputer di selebungi "tangisan" bukan misteri ye.. :-)
muka selepas menangis..
tunduk dan menyapu muka untuk cover..setelah lampu di nyalakan.
semoga murid-murid yang menghadiri ceramah ini, akan berubah demi mencapai kecemerlangan untuk UPSR nanti.


Admin selaku wakil SK Permatang, mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah kita, En. Hasnan Bin Abdul Hamid, di atas kesudian beliau menjadi penceramah jemputan di sekolah ini. dan kami juga mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih sekali lagi, kerana slot ceramah yang telah disampaikan sangat terhibur dan berguna serta apa yang disampaikan berkesan. mudah-mudahan murid SK Permatang mendapat manfaat serta pedoman. Amin...

0 comments:

Catat Ulasan