Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Tazkirah Ciri Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W sempena sambutan Maulidur Rasul. | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Isnin, 21 Januari 2013

Tazkirah Ciri Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W sempena sambutan Maulidur Rasul.

Pada hari Isnin, 21/1/2013, di tapak perhimpunan, cikgu bertugas pada minggu ini iaitu Puan Zaidah, ada memberikan sedikit Tazkirah kepada murid-murid. Tazkirah disampaikan bersempena mengingati kedatangan dan sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada minggu ini juga, iaitu, 12 Rabiulawal 1434 Hijrah, bersamaan pada 24 Januari 2013, Hari Khamis.Tazkirah yang disampaikan oleh cikgu Zaidah ialah "Ciri-Ciri Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W ", di mana melalui cerita ini, apa yang hendak disampaikan kepada murid-murid ialah teladan yang perlu diambil dari ciri-ciri tersebut. Ciri-ciri kepimpinan tersebut perlulah ada kepada murid-murid, melalui kepimpinan seorang pelajar dapat memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam pelajaran atau kepada diri sendiri..

Antara ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w yang telah disampaikan oleh cikgu zaidah adalah :
  • adil / saksama
  • berani / tegas
  • cekal / gigih / sabar
  • bijak / toleransi
  • berwawasan / berpandangan jauh
  • politik yang hebat
Pengenalan
Manusia dijadikan Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi ini, dan setiap manusia adalah pemimpin sama ada secara langsung atau tidak langsung. Nabi Muhammad s.a.w adalah merupakan seorang pemimpin yang dipilih dan dilantik oleh Allah SWT untuk memimpin manusia ke jalan yang benar. Kepimpinan baginda terserlah sewaktu baginda berada di Kota Makkah iaitu sebelum baginda menerima wahyu sebagai Nabi dan Rasul.

Penjelasan kepada ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w
- Nabi Muhammad bersifat ADIL. Sifat adilnya di dalam segala hal seperti percakapan dan perbuatan. Baginda juga telah menghapuskan diskriminasi kaum dengan menghapuskan semangat assabiyah. di samping itu juga baginda telah membela nasib kaum wanita serta memperkenalkan sistem ekonomi yang adil.
- Oleh itu, murid-murid juga perlu menerapkan nilai sifat kepimpinan adil kepada diri sendiri. Adil di dalam perbuatan setiap apa yang hendak di lakukan.

- Nabi Muhammad s.a.w seorang yang BIJAK. Baginda bijak mengaturkan taktik dan strategi di dalam peperangan. Di samping itu, baginda seorang yang tidak sombong malah menerima nasihat daripada para sahabat. contohnya baginda menerima cadangan Salman Al Farisi agar meggali parit sekeliling kota Madinah untuk menyekat kemaraan tentera musuh dalam Perang Khandak.
- Oleh itu, murid-murid hendaklah bijak di dalam pelajaran, dan bijak mengatur masa, strategi belajar agar berjaya di dalam pelajaran akan masa datang. dan murid-murid perlu mencontohi sifat Nabi yang tidak sombong, maksudnya, murid-murid tidak boleh sombong di dalam bidang Ilmu, dan rajin lah membantu kawan-kawan yang kurang mahir dalam subjek yang tidak difahami. 

- Nabi Muhammad s.a.w juga seorang yang BERANI DAN TEGAS dalam setiap apa yang di lakukan. Baginda seorang pahlawan yang tiada tolok bandingnya. Baginda sentiasa mengetuai setiap perang walaupun jumlah tenteranya kecil.
- oleh itu, murid-murid hendaklah memiliki sifat berani dan tegas ini, kerana sifat ini dapat menjadikan kita berani menghadapi sebarang ujian dan cabaran di dalam menuntut ilmu. di samping itu, sifat tegas dapat menjadikan kita lebih berdisiplin.

- Baginda seorang yang CEKAL. Walaupun menerima tentangan yang hebat semasa menyebarkan Islam di Makkah, namun baginda tetap meneruskan dakwah Islamiyah walaupun terpaksa berhijrah ke tempat lain. Baginda tabah menghadapi tentangan meskipun tentangannya daripada ahli keluarga terdekat seperti Abu Lahab yang merupakan bapa saudara Baginda sendiri.
- oleh itu, murid-murid perlu menanamkan sifat cekal seperti Nabi Muhammad s.aw. Kita hendaklah cekal dan tabah jika menghadapi sebarang masalah, kemusykilan di dalam menuntut ilmu. untuk berjaya dengan cemerlang, sifat cekal hadapi ujian amatlah dititiberatkan.

- Baginda juga seorang yang BERAKHLAK MULIA. Akhlak mulia mampu menarik hati tidak kira kawan atau lawan. dalam aspek kekeluargaan, baginda merupakan ketua keluarga yang bersifat pengasih dan penyayang. Nabi Muhammad s.a.w juga mendapat gelaran "al-amin" kerana segala perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai.
- oleh itu, murid-murid seharusya, dan wajib menanamkan sifat berakhlak mulia. sifat ini sangat penting, kerana jika kita tidak berakhlak mulia, terutamanya kepada guru-guru,yang mengajar dan mendidik kamu, belum tentu ilmu yang kamu dapat akan berkat. amat penting menanamkan sifat hormat-menghormati kepada guru,kerana guru disekolah kamu ini di ibaratkan sebagai ibu bapa kamu yang kedua. selain itu, akhlak mulia kepada ibu bapa kamu, ibu ayah kamu di rumah. di nasihatkan janganlah di antara kamu yang menderhaka kepada ibu ayah, sebaliknya berbuat baik, bersopan santun dengan kedua ibu bapa kita. insyallah, kejayaan akan mengiringi diri kamu semua.

                                                                                                                              

0 comments:

Catat Ulasan