Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Sambutan Majlis Maulidur Rasul 13 R.AWAL 1434H | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Rabu, 30 Januari 2013

Sambutan Majlis Maulidur Rasul 13 R.AWAL 1434H

Banner sempena Sambutan Maulidur Rasul di sekolah
Pada minggu lepas, bertarikh 25 Januari 2013, bersamaan 13 Rabiul Awal 1434H, sehari selepas kita cuti am, Maulidur Rasul, telah pun diadakan sambutan maulidur rasul di sekolah kita. Majlis ini dilaksanakan oleh Panitia Agama Islam. Alhamdulillah segala apa yang dirancangkan sebelum ini, dengan tentatifnya, semuanya telah pun berjalan dengan lancar. cuma masa nya agak mencemburui kita.

Majlis sambutan maulidur rasul pada tahun ini, di sekolah ini,agak berlainan dengan tahun sebelumnya. ini kerana, pada tahun ini, sekolah kita telah mengadakan perarakan sambil membawa sepanduk, mengikut kelas, dan sambil berarak, murid-murid berselawat ke atas junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Majlis ini bermula selepas waktu rehat, kira-kira pada jam 10.30 pagi. Murid-murid berkumpul di kantin, dan menuju ke masjid untuk acara perarakan. Murid-murid bersama dengan guru, berarak di masjid, dan menuju ke sekolah dan akhir sekali berkumpul di Dewan SK Permatang.
Kontijen membawa 'banner' di hadapan.
Uztaz Ghazali memberikan penerangan sedikit, dan memulakan selawat.
murid-murid berselawat beramai-ramai sebelum acara perarakan ke dewan sekolah.
perarakan sambil berselawat menuju ke dewan sekolah.
tidak ketinggalan murid tahun 1, cikgu Shairy mengawasi mereka. comel je murid tahun satu berarak.
murid lelaki tahun satu..segak belaka dengan berbaju melayu.


menuju ke sekolah.
murid sudah sampai ke destinasi akhir. menuju masuk ke dewan.
murid-murid masih berselawat lagi.
uztaz Ghazali memberi taklimat dan meminta murid-murid duduk untuk slot tayangan video dan tazkirah.
wajah mereka tidak sabar melihat tayangan video yang akan di tontonkan.
hasil sepanduk daripada murid mengikut kelas.
kreatif..
Slot tayangan video tentang kisah Nabi Muhammad S.A.W dan tazkirah
video..
murid-murid begitu kusyuk melihat tayangan video ini.


tidak ketinggalan guru-guru dan kakitangan sokongan juga melihat tayangan video yang di sampaikan oleh uztaz khairul anuar.
kelihatan cikgu halim sangat kusyuk.
tahniah di ucapkan kepada uztaz khairul, kerana komitmennya dalam slot ini. uztaz khairul baru sahaja di SKP pada tahun ini. uztaz khairul memberikan tazkirah berdasarkan video yang beliau tayangkan.
Slot akhir, acara kuiz uji minda kepada murid Tahap 2 (tahun 4, 5, dan 6)
- gambar di bawah adalah di antara mereka yang menjawab soalan uji minda tentang tema sambutan maulidur rasul ini. Tahniah di ucapkan kepada murid yang betul menjawab soalan yang di ajukan oleh uztaz khairul.





Berikut adalah senarai nama pemenang sempena Sambutan Bulan Maulidur Rasul mengikut bahagian yang dipertandingkan.

Pertandingan mewarna Tahun 1C :
  1. Nasrol
  2. Nurhidayah
  3. Nur Ammirah
  4. Mohd Al-Fian
  5. Alieya
  6. Nura Ulya Husna
Pertandingan mewarna Tahun 2C :
  1. Nur Dini Hananie
  2. Nur Husna Athirah
  3. Khairul Shahzwan
  4. Ain Syuhada
  5. Nurul Ain
  6. Shahrul Mizan 
Pertandingan mewarna Tahun 3C :
  1. Nurul Nasyirah
  2. Nur Dina Batrisya
  3. Nashima Nasuha
  4. Shamirul
  5. Rosmawati
  6. Nor Hatiera
Pemenang Kuiz Tahun 4C :
  1. Mohd Amirul Rasyid
  2. Mohd Rafieuddin
  3. Nabil Mohd Sani
  4. Nornajlah Hanini
  5. Mohd Firdaus Ariffin
Pemenang Kuiz Tahun 5C :
  1. Fatin Nor Syafikah
  2. Zulfadli
  3. Adlina
  4. Mohd Azahari
  5. Nor Syuhada
Pemenang Kuiz Tahun 5G :
  1. Puteri Nor Balqis
  2. Ismail Bin Azmi
  3. Fatin Nor Solehah
  4. Mohd Hazani
  5. Nor Najwa Nasuha
 Pemenang Kuiz Tahun 6C :
  1.  Mohd Amirul Haikal
  2. Izzuna Ahyani
  3. Alya Irdina
  4. Siti Nurfatihah
  5. Mohd Amirul Ammar
Pertandingan Sepanduk :
Johan - Tahun 4C
Naib Johan - Tahun 5C
Tempat ketiga - Tahun 6C

Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang..kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada aktiviti program yang akan datang..

0 comments:

Catat Ulasan