Free Blue Glitter Link Select Cursors at
April 2013 | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Khamis, 25 April 2013

Gambar Mentor Mentee

Gambar bersama Mentor Mentee (perasmian)

Mentor Tahun 1 Cemerlang : Guru Besar, En. Mohammad Taib Bin Zuri, Cikgu Shamsul Bharin, Cikgu Zaidah.

Mentor Tahun 2 Cemerlang : Cikgu Mohd Khyree Bin Zambri, Cikgu Norhalim Bin Jaafar, Uztaz Khairul Anuar Bin Lokman.
Mentor Tahun 3 Cemerlang : Cikgu Noralina Bt Sha'ri, Cikgu Masitah Bt Sulong (PK Pentadbiran), Ustazah Sarifah Bt Yusof.
Mentor Tahun 4 Cemerlang : Cikgu Norhaslina (guru ganti kepada Cikgu Nor Syuhaida), Ustazah Khadijah Bt Hj. Ibrahim, Cikgu Suraini Bt Kamaral Ariffin.
Mentor Tahun 5 Gemilang : Ustaz Ghazali Bin Tayat, Cikgu Marsita Bt Abd. Rahman (PK Koku), Cikgu Rosnah Bt Sirat.
Mentor Tahun 5 Cemerlang : Cikgu Zainal Abidin Bin Raof, Cikgu Mohd Sukimi, Ustazah Siti Nurasilawati Bt Mohd Nor.
Mentor Tahun 6 Cemerlang : Cikgu Jumud-din Bin Ramli (PK HEM), Cikgu Sivagamy a/p Raman, Cikgu Zaitun Bt Alifiah.

Selasa, 23 April 2013

Program Mentor Mentee Di Sekolah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca teman setia blog sekolah kami ini. Pada entri kali ini,admin ingin mengulaskan tentang program mentor mentee di sekolah kita. Seperti yang di ketahui, program mentor mentee di sekolah kita, yang telah berjaya di laksanakan perasmiannya, adalah di bawah program guru penyayang. Di samping itu, program mentor mentee ini, juga merupakan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Di sini ada di sertakan serba sedikit maklumat program ini..

Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil beberapa langkah dalam membentuk pembangunan modal insan. Program mentor mentee adalah salah satu daripada pengisian "Program Guru Penyayang" di mana semua guru adalah seseorang yang perlu memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every childmatters). Sehubungan itu, setiap guru berperanan penting dalam menghasilkan kemenjadian murid yang merupakan aset penting kepada sekolah.

Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara individu atau kumpulan dan interaksi itu akan melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran- kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Konsep
Membangun sahsiah diri murid melalui budaya amalan penyayang.
Untuk maklumat secara lanjut, boleh lah melayari maklumat yang di sertakan ini. dan boleh simpan / download maklumat tersebut untuk simpanan rujukan.
Panduan Pelaksanaan dan Modul Mentor Mentee di sekolah
 http://www.scribd.com/doc/131625741/Panduan-Pelaksanaan-dan-Modul-Program-Mentor-Mentee-Di-Sekolah

Isnin, 22 April 2013

Video sempena majlis persaraan Cikgu Shairy

Menggamit kenangan lalu :
- slide video ini, sepanjang Cikgu Mohd Shairy berada di sekolah ini, lebih kurang 10 tahun. di harapkan video ini, menjadi sebuah kenangan indah buat warga SKP.

(Untuk paparan lebih jelas, sila klik 'full screen' pada paparan slide. Slide video ini, dihasilkan sendiri oleh Juruteknik Komputer Sekolah, FT17 di sini)




Isnin, 15 April 2013

Naib Johan Pertandingan Amali Sains

Tarikh : 10 April 2013, Khamis.
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Makmal Sains SK Permatang
backdrop..
Terlebih dahulu, admin ingin mengucapkan Tahniah di atas kejayaan anak murid SK Permatang, yang berjaya mendapat tempat ke dua / Naib johan, di dalam pertandingan amali sains ini.
Pada minggu lepas, sekolah kita telah menjadi 'tuan rumah', untuk pertandingan amali sains, bagi peringkat Kelompok 2 kita. Pertandingan ini, terdiri daripada 7 buah sekolah yang menyertainya, iaitu ;
  1. SK Yahya Subban,
  2. SK Sungai Lampam
  3. SK Sungai Kerawai
  4. SK Kampong Bahagia
  5. SK Pengkalan Ara
  6. SK Perwira dan juga
  7. SK Permatang (sekolah kita, dan tuan rumah)
Pertandingan amali sains ini, kumpulan umur yang menyertainya, murid lelaki dan perempuan,dan berumur di dalam lingkungan 10 hingga 11 tahun sahaja. Alhamdulillah, wakil daripada sekolah kita, iaitu adik Muhammad Azahari Bin Azman (5 Cemerlang) , dan Nur Najwa Nasuha Bt Abdullah (5 Cemerlang), telah berjaya memenangi di dalam pertandingan ini, dan telah mengharumkan nama sekolah kita. tahniah kepada peserta, dan tidak lupa kepada cikgu sains yang terlibat, iaitu Cikgu Zainal Abidin, yang telah mendidik mereka.
Keputusan daripada pertandingan amali sains ini ialah :
Johan - SK Perwira
Naib Johan - SK Permatang
Ketiga - SK Dato' Yahya Subban

Sekilas acara berlangsung :

sesi pendaftaran.
sesi pendaftaran dikelolakan oleh uztazah Sharifah dan Cikgu Rosnah. Cikgu Rosnah yang bertudung merah merupakan cikgu baru bertukar di sekolah ini, menggantikan tempat Cikgu Shairy (bersara).
selesai daftar nama, peserta menunggu sesi taklimat sebelum pertandingan bermula.
sesi taklimat; ketua hakim, En. Muhd Taib Bin Mahadi memberikan taklimat khas kepada semua peserta tentang syarat-syarat pertandingan amali sains ini.
PK Ko-kurikulum & PK Pentadbiran SKP Permatang juga turut mendengar sesi taklimat yang disampaikan.
ketika sesi taklimat.
peserta mula bergerak menuju ke Makmal Sains.
mula masuk ke dalam makmal sains.
ketua hakim mengarahkan peserta ke setiap meja, di mana setiap stesen ada soalan untuk di selesaikan. ketua hakim juga ada menerangkan, tentang, masa yang diperuntukkan untuk setiap stesen adalah 15minit, dan akan bertukar ke stesen ke seterusnya.
Ketua Hakim, Cikgu Taib, memantau peserta setiap stesen, dan peserta mengisi borang sebelum acara bermula.
azahari dan najwa bersiap sedia.



Suasana ketika pertandingan di jalankan :

gambar 1
gambar 2 ;apa lah agaknya yang di bincangkan mereka ini. :-)
gambar 3 : peserta cuba menyelesaikan masalah mengikut step yang ada pada soalan.
gambar 4 ; Cikgu Zainal, adalah hakim untuk stesen yang di luar makmal.
gambar 5
gambar 6 ; peserta daripada sekolah kita, tekun menjalankan ukuran, yang berpandukan dari soalan disediakan.
gambar 7
gambar 8
gambar 9
gambar 10 ; peserta dari sekolah kita, tengah membincangkan sesuatu, untuk strategi.
gambar 11
gambar 12
gambar 13 ; kusyuk betul peserta ni berbincang dengan kawannya, seolah 'doktor muda'.
gambar 14
gambar 15; kelihatan cuaca sudah semakin gelap.
gambar 16 ;wakil daripada sekolah kita, azahari dan najwa, tekun dalam menyelesaikan ujikaji untuk stesen ini.
Sesi penutup :
-sebelum sesi penyampaian hadiah kepada pemenang, penyampaian cenderahati sebagai tanda ingatan kepada semua guru sains yang hadir juga selaku hakim.

cenderahati kepada En. Muhd Taib, juga Ketua hakim bagi pertandingan amali sains ini.


Penyampaian hadiah kepada pemenang tempat pertama, dari SK Perwira.
Penyampaian hadiah tempat ke dua, jatuh kepada SK Permatang..tahniah adik azahari.
Tahniah adik Najwa..
Penyampaian hadiah kepada pemenang tempat ketiga, dari SK Dato' Yahya Subban.
Tahniah kepada semua pemenang.
Semua pemenang bergambar bersama-sama dengan guru sains.