Free Blue Glitter Link Select Cursors at
SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Rabu, 5 Ogos 2015

Persembahan Nyanyian Sempena Jamuan Hari Raya

Tarikh : 24 Julai 2015, Jumaat, 8 Syawal
Tempat : Kantin Sekolah

Persembahan Solo Murid Tahun 2
Adik Khalish
video

Persembahan berkumpulan Murid tahun 3
video

video


Persembahan berkumpulan murid Tahun 2 

video






Rabu, 1 Julai 2015

Salam Ramadhan 1436H

Salam Ramdhan


Rindu Ramdhan
Ya Ramadhan
hadirmu menjengah syahdu
Pada hati yang menunggu
Sebening rindu

Kau sirami taman
Menyegarkan iman
yang ketandusan mekar bak bungaan

Kala Ramadhan menjelma
Bersyukurlah kita kerna bulan mulia
Ada rahmat padanya
Kala ada keampunan ada kebebasan
Dari azabNya jangan persiakan

Ayuh bersama raikannya

Puasa tarbiah didik nafsu dan kawal lidah
Kalam madah Zikrullah memuji Allah

Malamnya ibadah
Dengan jiwa yang mujahadah
Pasrah dan berserah kepada Allah

Ramadan berlalu bila sampai waktu
mungkinkah aku bertemu denganmu

Ramadhan ku rindu di ruangan waktu
Mungkinkah aku bertemu denganmu

Kala Ramadhan menjelma
Bersyukurlah kita kerna bulan mulia
Ada rahmat padanya
Kala ada keampunan ada kebebasan
Dari azabNya jangan persiakan

Ayuh bersama raikannya


Jumaat, 29 Mei 2015

Hari Guru Peringkat DUN Sungai Manik





Sekolah Kebangsaan Permatang berjaya meraih dua kategori dalam pertandingan keceriaan bilik-bilik khas sempena Sambutan Hari Guru Peringkat DUN Sungai Manik yang diadakan pada 28 Mei 2016 di Dewan MPTI Langkap, Perak.  Dua kategori yang dimenangi ialah kategori Makmal Komputer dan Bilik Pra Sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Zainol Padzi bin Paharudiin , EXCO Keraja Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik.  Hadiah-hadiah berupa plak dan wang tunai disampaikan oleh YB Datuk Zainol dalam suasana penuh gilang gemilang.  Tahniah diucapkan kepada penyelaras-penyelaras bilik tersebut yang berjaya mengharumkan nama sekolah.  Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat  untuk terus berjaya pada masa hadapan.

Selasa, 26 Mei 2015

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2015

Jawatankuasa Task Force UPSR SK Permatang telah merangka beberapa program  bagi merealisasikan kecemerlangan UPSR tahun 2015. Diharapkan melalui program yang dirancang ini akan dapat membantu murid  mengenggam kejayaan peribadi. Untuk itu, beberapa aktiviti telah berjalan seperti yang dirancang, antaranya :

1. Kelas Intensif Pagi bermula 7.15 pagi setiap hari kecuali Jumaat dengan dibimbing oleh 
    guru mata  pelajaran.

2.  Kelas Bimbingan Petang setiap hari mulai 2.30 petang

3.  Program Motivasi Murid dan Ibu bapa telah diadakan dengan menjemput motivator 
     dari SK Pendeta  Za`ba , Tapah.

4.  Motivasi Keyakinan Diri ( Kem Kental Jiwa) dengan kerjasama Universiti Malaysia   
     Pahang (UMP)  dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 29 Mei - 1 Jun 2015).

5.  Program Kelas Tambahan Masa Cuti . Dilaksanakan pada bulan Jun 

6.  Melaksanakan Program EWS bagi memantau prestasi murid UPSR.

7.  Program mentor mentee

Selain itu, beberapa aktiviti lain akan turut dilaksanakan sebagai persediaan murid seperti ;

1.    Teknik Menjawab Soalan

2.    Majlis Bacaan Yassin dan Solat hajat

3.    Latih Tubi Berfokus

4.    Program KEPONG 

5.    Program Temu Mesra 

Rabu, 22 Januari 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H

14 Januari 2014 (Selasa) merupakan cuti umum semua rakyat di Malaysia. 

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan  " WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH ".


MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.



Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, Nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya Keperibadian Terpuji.

Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.

Ketokohan 
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab  mempertahankan agama Allah.
 
Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.
 
Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.
 


Rabu, 11 September 2013

Apa itu " Frog VLE " ?

Apakah yang di maksudkan dengan FROG VLE ?


Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE. 

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional.
 
Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.


Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang program Frog ini, boleh klik pautan di bawah ini :

Projek 1Bestarinet

Apakah itu projek 1BestariNet?
 
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang merupakan inisiatif  Kementerian  Pelajaran  Malaysia dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia. Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses Internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet yang laju serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu yang bertaraf dunia.
Alam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kehadiran frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer, pelayar (browser), dan sambungan Internet. Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya untuk :
  1. Mengakses platform frog VLE
  2. Mengakses emel peribadi Yes
  3. Mengakses semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education.


Untuk maklumat secara lanjut anda boleh klik pada pautan ini :

gambaran secara rawak rangkaian 1Bestarinet