Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR, Semoga Berjaya!! | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Isnin, 3 September 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR, Semoga Berjaya!!

Salam semua kepada murid-murid SK Permatang. Tidak lama lagi, murid Tahun 6 akan menduduki peperiksaan yang amat penting, UPSR. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. 11 September 2012, akan tiba, dan hanya memanggil sahaja.
Kami warga SK Permatang, dari guru, dan warga pentadbiran sekolah, ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan dan Selamat Maju Jaya.Doa dan harapan kami semoga anak didik kami beroleh kejayaan yang cemerlang, dan dapat menaikkan serta mengharumkan nama sekolah kita suatu hari nanti.
Semoga murid tahun 6 yang disayangi sentiasa tenang dalam menghadapi pepriksaan ini, dan berusaha, yakin dan selebihnya Tawakal kepada Allah. Setiap apa yang anda usahakan daripada sebelum ini lagi, dengan mengulangkaji pelajaran, dan sebagainya, insyallah kejayaan pasti milik anda. Yang pasti, YAKIN BOLEH, UPSR 5A !!





0 comments:

Catat Ulasan