Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Tahniah kepada pasukan badminton atas kejayaan | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Jumaat, 22 Februari 2013

Tahniah kepada pasukan badminton atas kejayaan

Kejohanan badminton sekolah-sekolah rendah kelompok 2 daerah hilir perak 2013

Tarikh : 19 Februari 2013
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan orang ramai, Kampong Bahagia, Teluk Intan.

Admin mengucapkan tahniah kepada pasukan badminton sekolah kita, kerana sekolah kita telah berjaya mendapat memenangi dan memperolehi tempat di dalam pertandingan ini. Tahniah di ucapkan kepada adik Nur Azni Mirza Bt Azman, kerana berjaya mendapat tempat ke tiga, di bawah kategori perseorangan perempuan bawah 12 tahun. secara tidak langsung kejayaannya meningkatkan dan menaikkan mutu cemerlang nama sekolah kita. Untuk kategori perseorangan lelaki bawah 12 tahun pula kecundang,tewas di dalam acara ini. walau bagaimanapun boleh cuba lagi untuk masa akan datang. sekurang-kurangnya mereka telah cuba sebaik yang mungkin.

Pasukan untuk kejohanan badminton kelompok 2 ini yang menyertainya terdiri dari 5 buah sekolah, iaitu SK Sungai Tukang Sidin, SK Kg. Bahagia, SK Sungai Tungku, SK Pengkalan Ara, dan SK Dato' Yahya Subban.

Berikut merupakan keputusan kejohanan badminton :
- kategori lelaki bawah 12 tahun :
  1. Johan - Kamarul Zaman B. Abd. Razi (SKKB)
  2. Naib Johan - Mohd Amirul Naim Bin Sali (SKKB)
  3. Mohd Adam Afdhal Bin Abd. Razi (SKDYS)
- kategori perempuan bawah 12 tahun :
  1. Johan - Nurul Syafiqah Bt Shamsul (SKDYS)
  2. Naib Johan - Noor Suzliana Bt Sharip (SKST)
  3. Nur Azni Mirza Bt Azman (SKP)
Tahniah kepada pemenang setiap pasukan sekolah yang telah berjaya.
Sekitar wajah-wajah ketika acara pertandingan berlangsung :
Tahniah kepada adik Mirza kerana berjaya mendapat mata untuk sekolah kita, walaupun tempat ke-3. 

gaya pemain
bersemangat..
setiap pemenang akan di catat.

adik Mirza fokus menghadapi 'lawannya' untuk pertandingan badminton ini.
gaya adik MIrza membuat pukulan.
Guru besar memberikan cenderahati kepada guru.

Guru besar SK Permatang menyampaikan medal kepada setiap pemenang.

Guru besar SK Permatang menyampaikan medal kepada setiap pemenang.


Bergambar kenangan dengan peserta-peserta yang mengambil bahagian. Tahniah diucapkan kepada pemenang..yang tidak berjaya usah berputus asa, cuba di lain masa nanti.
peserta bergambar bersama dengan guru.

0 comments:

Catat Ulasan