Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Cikgu baru di SKP | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Khamis, 21 Februari 2013

Cikgu baru di SKP

Salam admin ucapkan kepada pembaca setia laman blog sekolah kami ini. semoga anda menjadi 'follower' tetap di sini. tidak kelewatan rasanya untuk admin, selaku wakil sekolah, mengucapkan selamat datang ke SK Permatang, kepada cikgu baru di sekolah ini, iaitu En. Zainal Abidin Bin Abd. Raof, yang menggantikan tempat Cikgu Suffian. Kami warga SKP berbesar hati menyambut kedatangan Cikgu Zainal di sekolah ini. Cikgu Zainal sebelum ini bertugas di SK Sungai Tungku. Cikgu Zainal juga merupakan cikgu matapelajaran subjek Sains. Semoga Cikgu Zainal dapat menyesuaikan diri di suasana baru di sini, di tambah lagi dengan pemandangan yang indah, dikelilingi sawah padi ini. Kami warga SKP berharap semoga cikgu Zainal dapat meningkatkan kecemerlangan murid-murid di sini..insyallah..

0 comments:

Catat Ulasan