Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Projek 1Bestarinet | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Rabu, 11 September 2013

Projek 1Bestarinet

Apakah itu projek 1BestariNet?
 
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang merupakan inisiatif  Kementerian  Pelajaran  Malaysia dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia. Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses Internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet yang laju serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu yang bertaraf dunia.
Alam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kehadiran frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer, pelayar (browser), dan sambungan Internet. Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya untuk :
  1. Mengakses platform frog VLE
  2. Mengakses emel peribadi Yes
  3. Mengakses semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education.


Untuk maklumat secara lanjut anda boleh klik pada pautan ini :

gambaran secara rawak rangkaian 1Bestarinet

0 comments:

Catat Ulasan