Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Selamat Hari Jadi Bulan Mac (Unit Sekolah Penyayang) | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Selasa, 9 April 2013

Selamat Hari Jadi Bulan Mac (Unit Sekolah Penyayang)

Tarikh : 8 April 2013
Tempat : Dataran Perhimpunan SKP

Selamat Hari Jadi di ucapkan kepada anak murid SK Permatang pada bulan Mac. Seperti yang di ketahui, sekolah kita setiap bulan akan mengadakan sambutan hari jadi kepada anak murid SKP. Setiap bulan kita akan meraikannya dengan memberikan 'kad hari jadi' , yang dibuat sendiri oleh pihak sekolah, (di ucapkan terima kasih kepada Juruteknik Komputer sekolah atas kerjasama beliau membantu Cikgu Sukimi) . Guru program sekolah penyayang adalah di bawah kelolaan Cikgu Mohd Sukimi Bin Mat Desa. Segala aktiviti berkaitan di bawah program Unit Penyayang, beliau lah  yang merancangkannya serta merealisasikannya.

Di sini, admin sertakan serba sedikit paparan buat tetapan pembaca setia blog kami ini. segala aktiviti di sekolah kami, dapat di kongsikan dengan anda semua.

SEKILAS LALU
Penyampaian kad hari jadi kepada adik Nur Najmi Umairah dari tahun 1.
Penyampaian kad hari jadi kepada adik Mohammad Azim dari tahun 2.
setelah murid dapat kad hari jadi, berbaris di hadapan sementara menunggu kawan-kawan yang lain.

murid-murid begitu gembira setelah dapat kad hari jadi, yang temanya "Upin Ipin".
semua murid menunjukkan kad hari jadi mereka.
nyanyian lagu "SELAMAT HARI JADI" kepada yang di raikan. Lagu "ALLAH SELAMATKAN KAMU" , pun ada juga. :-)


Ha, begitulah suasana ketika anak murid SKP diraikan. sangat seronok mereka, mula-mula saja 'malu-malu' hendak naik ke atas pentas mengambil kad masing-masing, tetapi apabila kawan-kawan mereka yang lain, nyanyikan lagu terus tersenyum mereka.
Tetapi, pada bulan ini, ada kelainan daripada bulan yang sebelumnya, kerana, sambutan kali ini, bukan semata-mata kepada murid sahaja, tetapi juga kepada Guru dan Kakitangan sekolah. Nak tahu kenapa berbeza? sebabnya, kata Cikgu Sukimi, dapat sambutan yang menggalakkan untuk meraikan di kalangan guru dan staff. secara tidak langsung, bolehlah kita sama-sama meraikannya. lagi meriah..

kek untuk cikgu..makan sama-sama. hihi.
Nyanyian "Happy Birthday To U"..
Cikgu Siva, PK1 Cikgu Masitah Sulong, Ustazah Khadijah dan (staff) Puan Latifah.

Selamat Hari Lahir, Pn. Hjh Masitah Bt Sulong, PK Pentadbiran, pada 21 Februari.
Selamat Hari Lahir, Ustazah Khadijah pada 12 Januari.
Happy Birthday, teacher Sivagamy a/p Raman, pada 14 April.
Selamat Hari Lahir, Puan Latifah bt Aserani, pada 16 Februari.
Tidak lupa juga kepada 2 staff yang tidak hadir ketika majlis ini berlangsung, di mana mereka juga tersenarai. Admin (wakil sekolah), mengucapkan selamat hari jadi kepada ;
- Puan Zuraidah bt Bitan, pada 27 Februari, (cuti bersalin), dan
- Cik Hjh Fatimah bt Yeop Ibrahim pada 2 Februari (cuti sakit).


0 comments:

Catat Ulasan