Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih bersifat perpaduan dan
berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa apabila “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku” menjadi tema hari kemerdekaan yang ke 56 yang akan disambut pada 31 Ogos ini.
Difahamkan tema itu dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat
akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan
kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.
Selain itu, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini
lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan
keselamatan negara. Sebagai contoh dan tauladan pengajaran yang perlu di ambil, Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.
Tema, Maksud dan Logo Hari Kemerdekaan Kali ke 56, 31 Ogos 2013
bersamaan 24 Syawal 1434H
Logo |
- Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56
- Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka
- Bulan Sabit melambangkan kedaulatan
Secara ringkas, apa yang hendak ditonjolkan pada logo ini adalah "memupuk semangat kecintaan kepada keamanan dan Malaysia negara berdaulat."
0 comments:
Catat Ulasan