BAGAIMANA WUJUDNYA PROGRAM SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA?
Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan |
1. Senamrobik
Serentak 1Murid 1Sukan
1Malaysia bertujuan untuk
menghidupkan kembali dan
mengaktifkan semula aktiviti senamrobik di sekolah selaras dengan:
1.1 Surat Pekeliling
Ikhtisas (SPI) Bil.
10/1988: Senaman Beramai-ramai
Untuk Meningkatkan Kecergasan
Dan Tahap Kesediaan
Murid dan Guru
Untuk Bersukan Disamping
Melibatkan Penyertaan Beramai-Ramai; dan
1.2 Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran 1979 juga memperakukan: “Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan
senaman beramai-ramai yang melibatkan penyertaan semua murid”.
2. Mesyuarat Jawatankuasa
Pembangunan Sukan Sekolah
Siri 4 Bil.
1/2012 yang dipengerusi
oleh YAB Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri
Pelajaran Malaysia pada 27 Februari 2012 telah bersetuju
Bahagian Sukan menganjurkan Senamrobik Serentak
1Murid 1Sukan 1Malaysia pada tahun ini.
Memandangkan pada bulan Julai setiap tahun, Bahagian Sukan menganjurkan Bulan Kecergasan
KPM, adalah sesuai tarikh ini dipilih bagi
Majlis Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat
kebangsaan.
3. Aktiviti senamrobik
merupakan senaman sesi
memanaskan badan yang
menarik sebelum melaksanakan
aktiviti bersukan. Melalui
senamrobik, tahap kesediaan
untuk melakukan aktivtiti
daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang
disamping membantu
meransang otot dan
tubuh badan secara
teratur. Aktiviti senamrobik
merupakan senaman yang
terancang yang boleh
dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan
kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.
4. Aktiviti fizikal
seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan
prestasi paru-paru dan
mengurangkan implikasi saluran
darah tersumbat disebabkan
kolesterol. Melalui aktiviti
senamrobik, murid-murid dan
guru-guru dapat meningkatkan
kecergasan fizikal seterusnya
mampu melakukan aktiviti
seharian tanpa merasa
letih. Keupayaan fizikal
yang optimum melalui
aktiviti senamrobik meningkatkan
kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh
yang sihat.
5. Senamrobik adalah satu
aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua
lapisan masyarakat dan peringkat
umur. Aktiviti senamrobik amat penting
dijadikan amalan kerana senamrobik:
- merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak.
- dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit jantung dan pembuluh darah.
- dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor.
- dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan sihat.
OBJEKTIF SENAMROBIK 1M1S
Senamrobik 1Murid 1Sukan
1Malaysia dijadikan amalan
di sekolah-sekolah bagi mencapai
objektif berikut:
- meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan.
- melibatkan penyertaan semua murid.
- mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas.
- mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul.
- meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp.
MATLAMAT SENAMROBIK 1M1S
Matlamat mengadakan
aktiviti senamrobik ini
adalah untuk melahirkan
generasi murid yang
cergas dan sihat,
dan membudayakan senaman
sebagai amalan yang rutin
sepanjang kehidupan mereka. Menerusi
senamrobik, setiap murid akan tertarik
untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik
beserta dengan gaya senaman yang dapat
menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik
ini juga bertujuan
membina keyakinan diri
murid supaya yakin melibatkan
diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.
KESIMPULAN SENAMROBIK 1M1S
Senamrobik Serentak
1Murid 1Sukan 1Malaysia
Sempena Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat
Kebangsaan KPM 2012
diharapkan dapat mengembalikan
semula keaktifan aktiviti
senamrobik di sekolah.
Senamrobik ini juga
diharapkan sebagai satu platform
bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara
yang mudah dan menyeronokkan.
SEKITAR PANORAMA SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA DI SK PERMATANG PADA 10 JULAI 2012
Sesi Pendaftaran Bagi Ibu Bapa :
wakil ibu, sungguh ceria mereka. |
tidak lupa daripada wakil bapa. |
Sebelum acara senamrobik dimulakan :
kelihatan murid-murid tahap 1 juga sangat seronok menunggu aktiviti senamrobik bermula. |
0 comments:
Catat Ulasan