Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Riang Ria Sempena Jamuan Hari Raya | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Selasa, 27 Ogos 2013

Riang Ria Sempena Jamuan Hari Raya

Tarikh : 23 Ogos 2013
Tempat : Kantin Sekolah
Masa : 10.45 pagi - 12.00 tengahari

Objektif program sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dapat :
  • mengeratkan silaturrahim antara warga SKP
  • memupuk sikap saling menghargai dan menghormati antara guru-guru, kaki tangan sokongan, murid-murid dan AJK PIBG SKP.
  • memberi pengalaman kepada murid-murid suasana sambutan hari raya sekolah. 
 Coret-coret sepanjang majlis berlangsung :

Murid-murid Tahun 2C bergaya dengan baju raya masing-masing. sungguh ceria semuanya.
Kami mengucapkan, 'selamat hari raya, maaf zahir & batin'..yeahhh.. :-)

Peace..dari kami, murid tahun 5C.
Murid tahun 6C bersama guru kelas mereka, Puan Zaitun, doakan kejayan mereka dalam peperiksaan UPSR tahun ini,
 hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

gaya mereka menunggu majlis bermula.
AJK PIBG bersama dengan Kak Odah (pengusaha kantin) sibuk menyiapkan makanan.
Nasi ayam menu utama untuk murid SKP.
mengambil makanan dan minuman.
ceria sungguh mereka, hari raya katakan..tambah lagu raya berkumandang, membangkitkan lagi suasana hari raya.
Ayu nya dia.. :-)
Makan kuih-muih pula.
Sempat ustz khairul melihat lensa kamera ye.
Cikgu Shamsul bersama dengan wakil PPD.

PK Koku bersama dengan Juruteknik Komputer..


sesi terakhir, menerima duit raya daripada sekolah. seronoknya murid-murid. Dapat duit raya kata mereka.. hihi.



0 comments:

Catat Ulasan