|
kain rentang sempena kejohanan merentas desa SK Permatang yang telah diadakan dengan jayanya pada 30 Januari, hari Rabu, pada jam 3.30 petang. Tahniah kepada warga SKP yang telah bekerjasama di dalam program ini. |
LATAR BELAKANG
Kejohanan
Merentas Desa SK Permatang merupakan acara tahunan yang mesti dilaksanakan setiap tahun sebelum menjelangnya kejohanan
sukan tahunan sekolah. Kejohanan ini melibatkan semua murid Tahap 2 iaitu
murid tahun 4,5 dan 6. Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang
sukan akan dapat dicungkil dan didik supaya mencapai kecemerlangan di bidang
sukan.
RASIONAL
Kejohanan
Merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas,
progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan
yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar. Program ini juga turut
melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan
aktif dalam bidang sukan.
MATLAMAT
Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang
sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan
mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan dan mempersiapkan murid Kejohanan Merentas Desa MSSD Hilir Perak
yang akan datang. Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam
melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1
Murid 1 Sukan yang telah diperkenalkan.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kebolehan, kemahiran, dan bakat murid.
- Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan di dalam diri murid-murid.
- Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid.
- Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat di dalam bidang sukan.
- Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.
- Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
- Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan.
Panaorama semasa Program ini berlangsung :
|
murid-murid berkumpul di sini sebelum acara bermula. |
|
bersemangat dengan tangan "peace" sebelum ke tempat permulaan berlari. |
|
murid-murid bergerak ke hadapan untuk acara berlari ke kawasan kampung. |
|
barisan peserta murid perempuan yang sudah bersedia, menunggu bunyi pelepas dilepaskan. |
|
bersedia, 1,2, 3, 'ponnnn'...siren dilepaskan oleh Guru PK Kokurikulum menandakan acara lari telah bermula. |
|
peserta murid perempuan berlari merentas desa mengikut pelan laluan yang telah di beritahu oleh cikgu sukimi. |
|
murid perempuan sudah berada jauh di hadapan, dan cuaca pada petang ini, sangat baik, cuma agak panas sahaja.tetapi tidak mengapa, yang penting semangat kesukanan. |
|
seterusnya, peserta murid lelaki pula mengambil bahagian larian ini, dan mereka telah pun berada di tempat permulaan berlari. |
|
PK Kokurikulum, Cikgu Marsita memberikan penerangan kepada peserta murid lelaki. yang ditekankan ialah, menasihatkan murid-murid agar tidak berlari laju, sebaliknya, berlari biasa kerana ini adalah merentas desa, takut nanti badan penat di tengah jalan, dan tidak dapat meneruskan larian merentas desa ini. |
|
peserta murid lelaki sudah bersedia nampaknya. |
|
1, 2, 3 mula..!! |
|
itu dia, sungguh semangat murid-murid lelaki berlari. |
|
dari jauh, nampaknya, sudah nampak peserta murid perempuan dari arah sana, yang menuju ke sekoah, untuk sesi penamat. |
|
semangat sukan..menuju ke chek point akhir. |
|
wajah-wajah atlet sukan..masih bertenaga walaupun letih, kerana semangat ke garisan penamat. |
|
peserta larian perlu menghabiskan check point terakhir sebelum ke garisan penamat. |
|
cikgu zaidah mengambil nama peserta perempuan yang telah tamat berlari di sini. nama yang tercatat 15 orang yang terawal sampai di sini. |
|
peserta murid lelaki yang awal sampai di check point di sini. |
|
kuat..kuat lagi..dh nampak tercungap dah budak ni.. |
|
semangat..terus berusaha. |
|
nampak keletihan..tetapi tetap semangat menghabiskan larian.. |
|
candid 1 |
|
candid 2 |
|
candid 3 |
|
candid 4 |
|
candid 5 |
|
candid 6 |
|
wajah keletihan.. |
Keputusan Merentas Desa 2013 (mengikut kedudukan)
Kategori : perempuan Masa : 30 minit
- Nasha Adila, Tahun 4C.
- Nuri Farhana Nazira, Tahun 4C.
- Nur Azni Mirza, Tahun 6C.
- Siti Aishah, Tahun 6C.
- Syazwani, Tahun 6C.
- Siti Nur Fatihah, Tahun 6C.
- Nur Hanani, Tahun 6C.
- Alya Irdina, Tahun 6C.
- Puteri Balqis, Tahun 5G.
- Siti Nurain Mazlina, Tahun 4C.
- Mimi Asmida, Tahun 6C.
- Fatin Nur Solehah, Tahun 5G.
- Fatin Nur Syafiqah, Tahun 5G.
- Nur Syaifah, Tahun 5C.
- Nur Zehan, Tahun 4C.
Kategori : Lelaki Masa : 25 minit
- Irman Nor Hakim, Tahun 5G.
- Fitri Danial, Tahun 5G.
- Shahrul Haqimi, Tahun 4C.
- Mohd Firdaus, Tahun 4C.
- Shahrul Nizam, Tahun 6C.
- Mohd Nabil, Tahun 4C.
- Rafieuddin, Tahun 4C.
- Azizan, Tahun 6C.
- Mohd Firdaus, Tahun 5G.
- Akhmal, Tahun 5G.
- Rizal Asmawie, Tahun 5G.
- Rahmatan Lilalamin, Tahun 5C.
- Mohd Hadi, Tahun 5C.
- Mohd Hazani, Tahun 5G.
- Mohd Haikal Firdaus, Tahun 5G.
Tahniah d ucapakan kepada peserta yang menang di dalam acara merentas desa ini.
Tahniah SK Permatang. Teruskan agenda kecemerlangan. Sentiasa mendoakan dari kejauhan. Terima kasih. Anak Permatang 1969 - 1974.
BalasPadam