Tarikh : Jumaat, 15 Februari 2013
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Kantin Sekolah SKP
Tanggal 15 Februari 2013, sekolah kita telah kehilangan seorang lagi guru yang telah berkhidmat lama di sekolah kita ini. Berbanding tahun sebelum ini, Cikgu Juraina, dan Cikgu Yusof juga telah pun bertukar ke sekolah lain, dan pada tahun ini, awal tahun ini, Cikgu Suffian pula bertukar ke sekolah lain, di SK Sungai Tungku, Teluk Intan. Pihak admin selaku wakil, ingin mengucapkan salam perpisahan buat cikgu Suffian.
Benar lah kata pepatah pujangga, setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan, yang bertemu akan berpisah. Itulah lumrah kehidupan kita. majlis perpisahan yang telah diadakan oleh kelab guru dan staff ini, bertujuan untuk memberikan penghormatan terakhir, dan kenangan serta meraikannya buat cikgu suffian sepanjang berkhidmat di sekolah ini, dan dalam masa yang sama, sambutan kepada anak murid semua. apa yang admin dapat lihat sepanjang majlis yang cukup sederhana ini tetapi meriah, admin selaku menjadi 'fotografi', admin dapat merasakan, murid-murid yang sudah biasa dengan cikgu suffian ini, kebanyakannya sebak dan malah ada yang menangis teresak-esak pun ada, hati admin cukup sayu melihat suasana ini. mungkin anak murid yang menitiskan airmata nya kerana betapa sayangnya dia kepada cikgu.
semoga anak didik cikgu suffian dan anak didik SKP sentiasa ingat kepada jasa baik budi cikgu suffian yang pernah mengajar tanpa rasa jemu, terutamanya dalam bidang sains. daripada ucapan yang disampaikan oleh cikgu suffian, beliau telah berkhidmat di sekolah ini sudah lebih 10 tahun, dan insyallah pada tahun ini, genaplah 14 tahun beliau mengajar di sekolah permatang ini. Admin rasa, cukup lama tempoh itu..banyak kenangan suka duka yang ada sepanjang perkhidmatannya. Doa dan serta harapan cikgu suffian, semoga anak didiknya, di SKP ini akan sentiasa berjaya, cemerlang di dalam pelajaran dan yang bakal menghadapi pepriksaan UPSR tahun ini.
Kenangan indah semasa majlis perpisahan berlangsung :
|
cikgu Azlina selaku pengacara majlis. |
|
cikgu Azlina menjemput cikgu Suffian untuk memberikan ucapan terakhir di sekolah ini. |
|
dengan tenang cikgu suffian memberikan ucapannya. |
|
kusyuk.. |
|
cikgu suffian menceritakan pengalaman beliau ketika berkhidmat di sini. |
|
mendengar dengan penuh perhatian. |
|
ada yang ketawa mendengar cerita cikgu sufian. |
|
tidak ketinggalan murid prasekolah juga ada pada majlis ini. |
|
suasana yang tenang..dan sayu pula diselubungi. |
|
sudah kelihatan, murid perempuan yang menahan sebak, dan ada yang sudah bergenang airmata. |
|
sempat menutup muka..kerana malu bila admin 'tangkap gambar' mereka. |
|
barisan murid lelaki darjah 6 yang sudah nampak sebak kerana cikgu kesayangan mereka akan bertukar. |
|
tersenyum pula kerana sedar ada yang menangkap gambar mereka..sempat ye. |
|
candid 1 |
|
candid 2 |
|
candid 1,2,3, ini, admin ambil kerana murid lelaki ini sangat hiba dan menagis ketika cikgu suffian memberikan ucapan. uztaz khairul yang ada cuba mententeramkan murid ini, dengan memeluk murid tersebut. sayu admin melihat murid lelaki ini. |
|
ucapan Guru Besar.. |
|
apa yang lucu ni.. :-) |
sesi akhir, murid-murid bersala dengan cikgu suffian dan cenderahati tanda ingatan :
|
senyum cikgu dapat hadiah ye.. |
|
besarnya.. |
|
"cikgu, terima lah daripada kami ini..terima kasih cikgu mengajar kami.." |
|
hadiah yang unik..kad buat sendiri.. |
|
sesi salam..dimulakan dengan murid prasekolah dahulu. |
|
murid tahun satu.. |
|
alor comelnya..meh cikgu sayang sikit.. |
|
murid tahun 3. |
|
murid tahun 3. |
|
belajar rajin-rajin ye..pesan cikgu suffian. |
|
murid tahun 5.. |
|
sebak.. |
|
buat yang terbaik untuk UPSR tahun ni ye.. |
|
murid tahun 6.. |
sesi bersalam dengan guru dan sesi gambar :
|
dengan guru besar.. |
|
dengan cikgu Shamsul |
|
bersama dengan cikgu Sukimi dan Uztaz Ghazali. |
|
PK Pentadbiran, Cikgu Masitah Bt Sulong, sempat bergambar kenangan menyampaikan hadiah kepada Cikgu Suffian sebagai tanda kenangan. |
|
berbual mesra sambil meminta maaf.. |
|
senyum semua..1, 2, 3.. |
|
giliran admin pula..hehe. |
|
kenangan bersama warga SKP 2013. |
Alhamdulillah selesai majlis ini..semoga cikgu Suffian berasa gembira dan puas hati dengan majlis sederhana ini, walaupun sederhana tetapi cukup indah dan meninggalkan memori sepanjang hari terakhir di sekolah ini. semoga cikgu Suffian selamat menempuh alam baru di sekolah baru dan dengan persekitaran baru serta kawan baru, dan berjaya di dalam bidang kerjaya ini. Kenangkan lah SK Permatang dalam doamu..
" BERTEMU DAN BERPISAH ADAT MANUSIA BIASA
HILANG DI MATA DI HATI TIDAK LUPA
BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA
BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA "
0 comments:
Catat Ulasan