Free Blue Glitter Link Select Cursors at
2013 | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Rabu, 11 September 2013

Apa itu " Frog VLE " ?

Apakah yang di maksudkan dengan FROG VLE ?


Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE. 

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional.
 
Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.


Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang program Frog ini, boleh klik pautan di bawah ini :

Projek 1Bestarinet

Apakah itu projek 1BestariNet?
 
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang merupakan inisiatif  Kementerian  Pelajaran  Malaysia dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia. Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses Internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet yang laju serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu yang bertaraf dunia.
Alam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kehadiran frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer, pelayar (browser), dan sambungan Internet. Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya untuk :
  1. Mengakses platform frog VLE
  2. Mengakses emel peribadi Yes
  3. Mengakses semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education.


Untuk maklumat secara lanjut anda boleh klik pada pautan ini :

gambaran secara rawak rangkaian 1Bestarinet

Isnin, 9 September 2013

Peperiksaan UPSR bermula..semoga berjaya !!

berikut adalah jadual peperiksaan UPSR yang bermula pada hari ini, 10 - 12 September 2013,
jadual 1

jadual 2
jadual 3
semoga murid-murid tahun 6, berjaya.. usaha + doa + tawakal..

Selasa, 3 September 2013

Semoga Berjaya, Murid Tahun 6



Admin selaku wakil warga SKP, ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada murid Tahun 6, yang akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan, 10 hingga 12 September 2013.
Harapan kami semua, agar murid tahun 6, menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, tekun berusaha, banyakkan berdoa sepanjang peperiksaan, dan memperolehi kejayaan yang cemerlang buat diri masing-masing, serta dapat mengharumkan nama sekolah kita dengan prestasi keputusan yang akan datang.
Kami semua sentiasa mendoakan kejayaan anak didik kami.

berusahalah wahai anak didik kami dengan cemerlang terbilang gemilang !!

Selasa, 27 Ogos 2013

Riang Ria Sempena Jamuan Hari Raya

Tarikh : 23 Ogos 2013
Tempat : Kantin Sekolah
Masa : 10.45 pagi - 12.00 tengahari

Objektif program sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dapat :
  • mengeratkan silaturrahim antara warga SKP
  • memupuk sikap saling menghargai dan menghormati antara guru-guru, kaki tangan sokongan, murid-murid dan AJK PIBG SKP.
  • memberi pengalaman kepada murid-murid suasana sambutan hari raya sekolah. 
 Coret-coret sepanjang majlis berlangsung :

Murid-murid Tahun 2C bergaya dengan baju raya masing-masing. sungguh ceria semuanya.
Kami mengucapkan, 'selamat hari raya, maaf zahir & batin'..yeahhh.. :-)

Peace..dari kami, murid tahun 5C.
Murid tahun 6C bersama guru kelas mereka, Puan Zaitun, doakan kejayan mereka dalam peperiksaan UPSR tahun ini,
 hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

gaya mereka menunggu majlis bermula.
AJK PIBG bersama dengan Kak Odah (pengusaha kantin) sibuk menyiapkan makanan.
Nasi ayam menu utama untuk murid SKP.
mengambil makanan dan minuman.
ceria sungguh mereka, hari raya katakan..tambah lagu raya berkumandang, membangkitkan lagi suasana hari raya.
Ayu nya dia.. :-)
Makan kuih-muih pula.
Sempat ustz khairul melihat lensa kamera ye.
Cikgu Shamsul bersama dengan wakil PPD.

PK Koku bersama dengan Juruteknik Komputer..


sesi terakhir, menerima duit raya daripada sekolah. seronoknya murid-murid. Dapat duit raya kata mereka.. hihi.



Rabu, 21 Ogos 2013

Tema Sambutan Kemerdekaan 2013, "Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku"

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa apabila “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku” menjadi tema hari kemerdekaan yang ke 56 yang akan disambut pada 31 Ogos ini.

Difahamkan tema itu dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.

Selain itu, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara. Sebagai contoh dan tauladan pengajaran yang perlu di ambil, Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.

Tema, Maksud dan Logo Hari Kemerdekaan Kali ke 56, 31 Ogos 2013
bersamaan 24 Syawal 1434H

Logo
  • Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56
  • Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka
  • Bulan Sabit melambangkan kedaulatan

Secara ringkas, apa yang hendak ditonjolkan pada logo ini adalah "memupuk semangat kecintaan kepada keamanan dan Malaysia negara berdaulat."



Selamat Hari Raya Aidilfitri


Khamis, 15 Ogos 2013

Program Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2013 M / 1434H

Tarikh : 1 Ogos 2013 (Khamis), bersamaan 23 Ramadhan 1434H
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan SK Permatang

Aktiviti yang telah dijalankan sempena Program Ihya' Ramadhan 2013M / 1434H
  • Pra Ramadhan / perasmian
  • Bacaan ayat suci, zikir, nasyid, dan ayat lazim di radio.
  • Kutipan derma dan sumbangan untul anak yatim.
  • Info ramadhan / risalah
  • Pertandingan mewarna pra dan tahap 1.
  • Pertandingan tulisan khat tahap 2.
  • Tazkirah.
  • Tadarus Al-Quran.
  • Majlis khatam Al-Quran.
  • Majlis sumbangan derma anak yatim dan murid miskin.
  • Majlis penutup bermaafan.
 Senarai nama murid yang menyertai Tadarus Al-Quran 2013 M / 1434 H
1. Izzuna Ahyani Bt Abd. Samad (6C)
2. Siti Nur Ain Bt Khairrul Zamli (6C)
3. Siti Nur Fatihah Bt Mohammad Saladri (6C)
4. Alya Irdina Bt Abd. Malek (6C)
5. Nur Azni Mirza Bt Mohd Azman. (6C)
6. Nurul Hanani Bt Ariffin (6C)
7. Mimi Asmida Bt Azman (6C)
8. Norsyazwani Bt Ismail (6C)
9. Nur Aisyah Bt Yusuf (6C)
10. Mohd Al-Amin Bin Jamil (6C)
11. Mohd Haikal Bin Abd. Hadi (6C)
12. Amirul Haikal Bin Azmi (6C)
13. Putri Nur Balqis Bt Shafie (5G)
14. Ayu Aniesa Bt Suhaimi (5C)
15. Nur Suhada Bt Roni (5C)
16. Adlina Bt Fauzi (5C)
17. Fatin Nor Syafikah (5C)
18. Nor Syafikah Bt Mohd Nazid (5C)
19. Nor Ain Atikah Bt Ajimi (5C)
20. Nor Jasnita Bt. Zamuddin Jasni (5C)
21. Nor Najwa Nasuha Bt Abdullah (5C)
22. Mohd Rizal Asmawie (5G)
23. Mohd Hazani B. Khairul Zamli (5G)
24. Zulfadli Bin Shamsul Bahrin (5C)
25. Mohd Rahmatan Lil Alamin (5C)
26. Mohammad Azahari Bin Azman (5C)
27. Abdul Hadi Bin Abd. Halim (5C)
28. Amirul Syamir Bin Abd Rahim (5C)
29. Najah Humaira Bt Abd. Samad (5C)
30. Mohd Firdaus Bin Ariffin (4C)
31. Mohd Rafieuddin Bin Yamin (4C)
32. Shahrul Haqqimi Bin Abd. Halim (4C)

Senarai nama pemenang sempena Program Ihya' Ramadhan

Acara 1 : Kuiz Ramadhan
Tahun 1C
1. Ainnur Iezzura
2. Nasrol Hakim Bin Ismail
3. Nura Ulya Hasuna
Tahun 2C
1. Nurul Masyitah
2. Amirul Zikri
3. Aliff Aiman
Tahun 3C
1. Siti Fatimah
2. Nur Dina Batrisya
3. Nur Hatiera
Tahun 4C
1. Muhd Hanafi
2. Najah Humaira
3. Najlah Hanini
Tahun 5C
1. Nur Najwa Nasuha
2. Adlina
3. Fariz Fitri
Tahun 6C
1. Izzuna Ahyani
2. Siti Nur Ain
3. Amirul Haikal Bin Azmi

Acara 2 : Pertandingan Mewarna Tahap Satu
Pra sekolah
1. Nazim
2. Nuriz Hanie
3. Nabila
Tahun 1C
1. Nur Ammirah
2. Nur Najmi Umairah
3. Nur Hidayah
Tahun 2C
1. Khairul Shahzwan
2. Aliff Aiman
3. Amirul Zikri
Tahun 3C
1. Siti Fatimah
2. Khairul Hafizad
3. Nor Syazwani

Acara 3 : Pertandingan Menulis Khat Tahap Dua
Tahun 5C
1. Zulfadli
2. Ayu Aniesa
3. Nur Najwa Nasuha
4. Nur Jasnita
Tahun 6C
1. Siti Nur Ain
2. Nur Habhatul Abdyah
3. Alya Irdina
4. Siti Nur Fatihah
5. Nur Hanani

Sekitar majlis sambutan berlangsung :
- sebelum majlis bermula, murid-murid yang menyertai tadarus Al-quran mendengar penerangan daripada Ustaz.
 

















Guru Besar menyampaikan ucapan dan nasihat kepada murid-murid sebelum cuti hari raya.


acara penyampaian hadiah :