Tarikh : 21 Jun 2013
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan SK Permatang
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah
Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW
iaitu perjalanan Israk Mikraj.
Menurut
sebahagian ulama, Peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku pada malam 27
Rejab setahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini
adalah perjalanan suci Rasulullah SAW bagi memenuhi jemputan Allah SWT.
Peristiwa
Isra’-Mikraj ini juga sebenarnya membuka cerita kepada kita tentang
hakikat alam semesta ini. Bagaimana kedudukannya, susunan langit-langit
yang tujuh serta tujuh petala bumi, Namun yang pentingnya dalam Isra’
Mikraj adalah petunjuk, pedoman dan panduan untuk kita umat di akhir
zaman.
Israk membawa pengertian perjalanan nabi
Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari
Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul
Maqdis, Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Firman Allah SWT,
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya
(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid
Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami.
Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
(Surah Al-Isra’, ayat:1 )
Ringkasan disebalik peristiwa israk mikraj ini :
*Sebelum peristiwa israk mikraj, Rasullullah s.a.w menjalani pembedahan dada yang dilakukan Malaikat Jibrail dan Mikail .Hati Rasullullah s.a.w dicuci dengan air zamzam , dibuang ketul hitam (a'laqah) , iaitu tempat syaitan membisikkan was was.
*Peristiwa israk mikraj ini berlaku setahun sebelum Rasullullah s.aw berhijrah ke Madinah bersamaan dengan tahun 721 masihi . Tahun ini juga Rasullullah kehilangan dua insan yang paling disayangi, isterinya Siti Khadijah dan bapa saudaranya abu talib (digelar tahun A'am al huzni - tahun berdukacita).
*Waktu ini, Baginda dan sahabat berada dalam tentangan kuat dengan Musyrikin Mekah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab .
*Rasullullah s.a.w Israk dengan menunggang Buraq [sejenis bintang - putih rupanya, panjang (tinggi) lebih besar dari keldai , tetapi lebih kecil dari baghal, ia merendahkan dirinya hingga perutnya cecah ke bumi (alhadis) ]. Ketika dalam perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa itu, baginda diiringi Malaikat Jibril dan Israfil.

0 comments:
Catat Ulasan