Rabu, 26 Jun 2013
Program Ceramah Sempena Majlis Israk Mikraj
Tarikh : 21 Jun 2013
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan SK Permatang
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah
Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW
iaitu perjalanan Israk Mikraj.
Menurut
sebahagian ulama, Peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku pada malam 27
Rejab setahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini
adalah perjalanan suci Rasulullah SAW bagi memenuhi jemputan Allah SWT.
Peristiwa
Isra’-Mikraj ini juga sebenarnya membuka cerita kepada kita tentang
hakikat alam semesta ini. Bagaimana kedudukannya, susunan langit-langit
yang tujuh serta tujuh petala bumi, Namun yang pentingnya dalam Isra’
Mikraj adalah petunjuk, pedoman dan panduan untuk kita umat di akhir
zaman.
Israk membawa pengertian perjalanan nabi
Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari
Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul
Maqdis, Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Firman Allah SWT,
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya
(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid
Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami.
Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
(Surah Al-Isra’, ayat:1 )
Ringkasan disebalik peristiwa israk mikraj ini :
*Sebelum peristiwa israk mikraj, Rasullullah s.a.w menjalani pembedahan dada yang dilakukan Malaikat Jibrail dan Mikail .Hati Rasullullah s.a.w dicuci dengan air zamzam , dibuang ketul hitam (a'laqah) , iaitu tempat syaitan membisikkan was was.
*Peristiwa israk mikraj ini berlaku setahun sebelum Rasullullah s.aw berhijrah ke Madinah bersamaan dengan tahun 721 masihi . Tahun ini juga Rasullullah kehilangan dua insan yang paling disayangi, isterinya Siti Khadijah dan bapa saudaranya abu talib (digelar tahun A'am al huzni - tahun berdukacita).
*Waktu ini, Baginda dan sahabat berada dalam tentangan kuat dengan Musyrikin Mekah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab .
*Rasullullah s.a.w Israk dengan menunggang Buraq [sejenis bintang - putih rupanya, panjang (tinggi) lebih besar dari keldai , tetapi lebih kecil dari baghal, ia merendahkan dirinya hingga perutnya cecah ke bumi (alhadis) ]. Ketika dalam perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa itu, baginda diiringi Malaikat Jibril dan Israfil.
*Apabila tiba ditempat tertentu (mulia dan bersejarah) , malaikat Jibril mengarahkan Rasullullah solat dua rakaat . Antara tempat berkenaan adalah : Thaibah (Madinah) , tempat Rasullullah melakukan hijrah , Bukit tursina- dan Baitul Laham - iaitu tempat nabi Isa dilahirkan . *Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasullullah s.aw turun daripada Buraq , masuk ke dalam masjid mengimamkan seluruh nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
*Bertembung dengan Jin Afrit.
*MIKRAJ pula -Baginda naik ke langit , sampai ke Sidratul Muntaha , bahkan ke Mustawa dan sampai dibawah Arasy ALLAH dengan melalui tujuh lapis langit. Bertemu nabi berlainan setiap aras. Juga dapat memasuki syurga-syurga. Terdapat 8 jenis Syurga ( Jannatul Firdaus, Jannatul Adnan, Jannatul Khuld, Jannatun Naim, Jannatul Makwa, Jannatul Makwa, Jannatus Salam, Jannatul Jalal, Janatul Maqamu Wal Qarar.)
*Dalam pengembaraan Rasullullah s.a.w itu , beliau menyaksikan banyak perkara dahsyat , seksaan balasan, serta ganjaran terhadap perbuatan yang manusia lakukan di muka bumi . - Selain seksaan meninggalkan ibadat solat, Rasulullah diperlihatkan seksaan akibat tidak menunaikan zakat, memberi sedekah, memakan riba, meninggalkan jihad pada jalan Allah, tidak menjaga lidah dan memelihara anggota tubuh badan.
*Nabi Muhammad s.a.w mendapat perintah solat secara langsung dari ALLAH tanpa perantaraan Malaikat Jibril . Baginda akhirnya mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali sehari menjadi 5 kali sehari semalam, namun penilaian ALLAH tetap memberi 50 ganjaran pahala.

*Selepas itu Rasullullah s.a.w turun ke langit dunia semula, seterunya
ke Baitul Maqdis dengan menunggang Buraq dan pulang ke Mekah pada malam
yang sama. - Dengan Kuasa ALLAH , mengikut perjalanan biasa , ia
sebenarnya mengambil masa berbulan-bulan lamanya .
Rasulullah pun melalui 70,000 hijab daripada nur hingga sampai ke Mustawa, tempat Kalam menulis, yakni Kalam catatan di Luh Mahfuz. Di situ Rasulullah melihat seorang lelaki yang ghaib dalam Nur Arasy.
Bertanya Rasulullah: “Siapa ini? Adakah malaikat?”
“Tidak,” jawab lelaki itu.
“Adakah nabi?” soal Rasulullah lagi.
“Tidak. Sesungguhnya aku seorang lelaki yang hidup di dunia, basah dengan menyebut nama Allah yakni berzikir dan hatiku sentiasa terpaut kepada masjid dan aku juga tidak memaki kedua-dua ibu bapaku.”

Ketika majlis ceramah berlangsung :
penceramah jemputan, ustaz Mat Radzi Bin Jusoh, Guru Besar SK Pendita Zaaba, Tapah. |
Langgan:
Catatan (Atom)