Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Program Mentor Mentee Di Sekolah | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Selasa, 23 April 2013

Program Mentor Mentee Di Sekolah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca teman setia blog sekolah kami ini. Pada entri kali ini,admin ingin mengulaskan tentang program mentor mentee di sekolah kita. Seperti yang di ketahui, program mentor mentee di sekolah kita, yang telah berjaya di laksanakan perasmiannya, adalah di bawah program guru penyayang. Di samping itu, program mentor mentee ini, juga merupakan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Di sini ada di sertakan serba sedikit maklumat program ini..

Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil beberapa langkah dalam membentuk pembangunan modal insan. Program mentor mentee adalah salah satu daripada pengisian "Program Guru Penyayang" di mana semua guru adalah seseorang yang perlu memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every childmatters). Sehubungan itu, setiap guru berperanan penting dalam menghasilkan kemenjadian murid yang merupakan aset penting kepada sekolah.

Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara individu atau kumpulan dan interaksi itu akan melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran- kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Konsep
Membangun sahsiah diri murid melalui budaya amalan penyayang.
Untuk maklumat secara lanjut, boleh lah melayari maklumat yang di sertakan ini. dan boleh simpan / download maklumat tersebut untuk simpanan rujukan.
Panduan Pelaksanaan dan Modul Mentor Mentee di sekolah
 http://www.scribd.com/doc/131625741/Panduan-Pelaksanaan-dan-Modul-Program-Mentor-Mentee-Di-Sekolah

0 comments:

Catat Ulasan