Tarikh : 10 April 2013, Khamis.
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Makmal Sains SK Permatang
|
backdrop.. |
Terlebih dahulu, admin ingin mengucapkan Tahniah di atas kejayaan anak murid SK Permatang, yang berjaya mendapat tempat ke dua / Naib johan, di dalam pertandingan amali sains ini.
Pada minggu lepas, sekolah kita telah menjadi 'tuan rumah', untuk pertandingan amali sains, bagi peringkat Kelompok 2 kita. Pertandingan ini, terdiri daripada 7 buah sekolah yang menyertainya, iaitu ;
- SK Yahya Subban,
- SK Sungai Lampam
- SK Sungai Kerawai
- SK Kampong Bahagia
- SK Pengkalan Ara
- SK Perwira dan juga
- SK Permatang (sekolah kita, dan tuan rumah)
Pertandingan amali sains ini, kumpulan umur yang menyertainya, murid lelaki dan perempuan,dan berumur di dalam lingkungan 10 hingga 11 tahun sahaja. Alhamdulillah, wakil daripada sekolah kita, iaitu adik Muhammad Azahari Bin Azman (5 Cemerlang) , dan Nur Najwa Nasuha Bt Abdullah (5 Cemerlang), telah berjaya memenangi di dalam pertandingan ini, dan telah mengharumkan nama sekolah kita. tahniah kepada peserta, dan tidak lupa kepada cikgu sains yang terlibat, iaitu Cikgu Zainal Abidin, yang telah mendidik mereka.
Keputusan daripada pertandingan amali sains ini ialah :
Johan - SK Perwira
Naib Johan - SK Permatang
Ketiga - SK Dato' Yahya Subban
Sekilas acara berlangsung :
|
sesi pendaftaran. |
|
sesi pendaftaran dikelolakan oleh uztazah Sharifah dan Cikgu Rosnah. Cikgu Rosnah yang bertudung merah merupakan cikgu baru bertukar di sekolah ini, menggantikan tempat Cikgu Shairy (bersara). |
|
selesai daftar nama, peserta menunggu sesi taklimat sebelum pertandingan bermula. |
|
sesi taklimat; ketua hakim, En. Muhd Taib Bin Mahadi memberikan taklimat khas kepada semua peserta tentang syarat-syarat pertandingan amali sains ini. |
|
PK Ko-kurikulum & PK Pentadbiran SKP Permatang juga turut mendengar sesi taklimat yang disampaikan. |
|
ketika sesi taklimat. |
|
peserta mula bergerak menuju ke Makmal Sains. |
|
mula masuk ke dalam makmal sains. |
|
ketua hakim mengarahkan peserta ke setiap meja, di mana setiap stesen ada soalan untuk di selesaikan. ketua hakim juga ada menerangkan, tentang, masa yang diperuntukkan untuk setiap stesen adalah 15minit, dan akan bertukar ke stesen ke seterusnya. |
|
Ketua Hakim, Cikgu Taib, memantau peserta setiap stesen, dan peserta mengisi borang sebelum acara bermula. |
|
azahari dan najwa bersiap sedia. |
|
|
| |
Suasana ketika pertandingan di jalankan :
|
gambar 1 |
|
gambar 2 ;apa lah agaknya yang di bincangkan mereka ini. :-) |
|
gambar 3 : peserta cuba menyelesaikan masalah mengikut step yang ada pada soalan. |
|
gambar 4 ; Cikgu Zainal, adalah hakim untuk stesen yang di luar makmal. |
|
gambar 5 |
|
gambar 6 ; peserta daripada sekolah kita, tekun menjalankan ukuran, yang berpandukan dari soalan disediakan. |
|
gambar 7 |
|
gambar 8 |
|
gambar 9 |
|
gambar 10 ; peserta dari sekolah kita, tengah membincangkan sesuatu, untuk strategi. |
|
gambar 11 |
|
gambar 12 |
|
gambar 13 ; kusyuk betul peserta ni berbincang dengan kawannya, seolah 'doktor muda'. |
|
gambar 14 |
|
gambar 15; kelihatan cuaca sudah semakin gelap. |
|
gambar 16 ;wakil daripada sekolah kita, azahari dan najwa, tekun dalam menyelesaikan ujikaji untuk stesen ini. |
Sesi penutup :
-sebelum sesi penyampaian hadiah kepada pemenang, penyampaian cenderahati sebagai tanda ingatan kepada semua guru sains yang hadir juga selaku hakim.
|
Penyampaian hadiah tempat ke dua, jatuh kepada SK Permatang..tahniah adik azahari. |
|
Tahniah adik Najwa.. |
|
Penyampaian hadiah kepada pemenang tempat ketiga, dari SK Dato' Yahya Subban. |
|
Tahniah kepada semua pemenang. |
|
Semua pemenang bergambar bersama-sama dengan guru sains. |