- Pelaksanaan
Guru Penyayang adalah bertujuan agar
guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
KONSEP
1) Penyayang
membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi mengasihi,dan bersifat belas kasihan serta menghormati
orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang
adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian
(concern) terhadap setiap perkara
yang berkaitan dengan muridnya (every
child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap
mesra, mengambil berat, berbudi bahasa,
saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
2) Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
OBJEKTIF
Objektif
Guru Penyayang :
- Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
- Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
- Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
- Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
AKTIVI
Pelaksanaan
Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan
dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa.
Bagi fasa pertama pelaksanaannya,
guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut :
- mengalu-alukan kehadiran murid.
- pelaksanaan program mentor mentee.
- memberi penghargaan kepada murid.
Aktiviti
dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN
A.
- anda boleh simpan maklumat ini untuk simpanan sekolah.
0 comments:
Catat Ulasan