Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Sambutan Majlis Ceramah Sempena Israk Dan Mikraj | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Selasa, 10 Julai 2012

Sambutan Majlis Ceramah Sempena Israk Dan Mikraj

Tarikh Ceramah : 21 Jun 2012, Khamis, 10.30 am - 12.45 pm
Penceramah : Ustaz En. Suhaimi Bin Jamauddin
Tajuk Ceramah : Sirah Israk dan Mikraj






Daripada ceramah yang disampaikan oleh penceramah, banyak ilmu manfaat dan pengajaran yang dapat diperolehi oleh murid-murid. Ustaz Suhaimi juga banyak memberikan cerita-cerita tauladan kepada murid-murid terutamanya Sikap berbuat baik kepada orang tua kita iaitu Ibu dan Bapa.

Berikut adalah ringkasan daripada ceramah yang disampaikan :
  • memahami sejarah terjadinya "sirah Israk dan Mikraj".
  • Kita dapat memahami dan menghayati alam ciptaan Allah S.W.T.
  • Menghayati sejarah perjalanan Rasullah S.A.W yang berlaku dalam satu malam dengan penuh sejarah.
  • Mendapat iktibar berguna bagaimana kekuatan iman seseorang dalam adab seharian terutamanya berbuat baik kepada Ibu Bapa kita, dan secara tidak langsung kebaikan dan ganjaran yang diperolehi apabila berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa kita.
  • Menceritakan kekuatan Iman para muslimin dan muslimat terawal pada zaman sirah dahulu, yang beriman dan taat patuh kepada Allah S.W.T. Contohnya, Masitah iaitu yang bekerja sebagai seorang tukang dandan firaun pada zaman sejarah Islam, dan lain-lain.
  • Sentiasa mensyukuri nikmat kebesaran dan keagungan dan kemuliaan di Bulan Rejab dengan kita hendaklah sentiasa menghidupkan bulan ini dengan amalan-amalan perkara sunat, contohnya puasa sunat Rejab dan Nisfu Sya'ban. 
  • Yang paling penting, ditekankan oleh penceramah ialah, bagaimana kita menjaga solat, dan sejarah terjadinya kewajipan solat yang pada asalnya dari 50 waktu, di kurangkan sedikit demi sedikit, dan jadilah 5 waktu seperti sekarang. dan ganjaran kepada umat Islam dari mengerjakan solat dan kesan akibatnya meninggalkan dan melalaikan solat fardu.

Suasana semasa ceramah berlangsung :
Ustaz Suhaimi bersama dengan guru besar SK Permatang. sebelum sesi ceramah.

semasa sesi ceramah berlangsung.
Ustaz Suhaimi menunjukkan video berbuat baik kepada ibu bapa.
murid-murid mendengar ceramah dan ada yang mencatat di buku nota..tahniah..
murid-murid memberi tumpuan apa yang disampaikan.
Penceramah menerima cenderahati daripada pihak sekolah yang disampaikan oleh Guru Besar sekolah kita.

Selepas selesai sesi ceramah, telah diadakan kuiz uji minda, di mana murid-murid dikehendaki menjawab soalan yang disampaikan oleh Ustazah Sharifah, melalui kisah apa yang ada pada slot ceramah tadi. Setiap soalan kuiz mengikut kategori setiap kelas.


Murid tahun 1 menjawab soalan kuiz.
murid menjawab soalan.
Setiap murid yang menjawab soalan kuiz dengan tepat akan diambil nama untuk mendapat cenderahati dari pihak sekolah anjuran Panitia Agama Islam.
Wakil murid tahun 6 menjawab soalan kuiz.

Sesi terakhir, adalah sesi penyampaian hadiah kepada murid-murid yang menang menjawab soalan kuiz. Tahniah di ucapkan. Semoga berjumpa di program seperti ini pada masa akan datang. Insyallah...

Penyampaian hadiah daripada PK Kokurikulum, Pn. Marsita.
Penyampaian hadiah daripada Guru Besar, En. Mohammad Taib.

0 comments:

Catat Ulasan