Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Julai 2012 | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Khamis, 26 Julai 2012

Program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan (1M1S) 1Malaysia

BAGAIMANA WUJUDNYA PROGRAM SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA?
Pelancaran  Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia Peringkat Kebangsaan
1. Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia  bertujuan  untuk  menghidupkan  kembali dan mengaktifkan semula aktiviti senamrobik di sekolah selaras dengan: 
1.1  Surat  Pekeliling  Ikhtisas  (SPI)  Bil.  10/1988:  Senaman  Beramai-ramai  Untuk Meningkatkan  Kecergasan  Dan  Tahap  Kesediaan  Murid  dan  Guru  Untuk  Bersukan Disamping Melibatkan Penyertaan Beramai-Ramai; dan 
1.2  Laporan  Jawatankuasa  Kabinet  Mengkaji  Pelaksanaan  Dasar  Pelajaran  1979  juga memperakukan: Sekolah-sekolah  hendaklah  mengadakan  senaman  beramai-ramai yang melibatkan penyertaan semua murid.
2. Mesyuarat  Jawatankuasa  Pembangunan  Sukan  Sekolah  Siri  4  Bil.  1/2012  yang  dipengerusi  oleh  YAB Timbalan  Perdana  Menteri  merangkap  Menteri  Pelajaran  Malaysia  pada 27 Februari 2012 telah bersetuju Bahagian Sukan menganjurkan Senamrobik Serentak  1Murid 1Sukan 1Malaysia pada tahun ini.   Memandangkan pada bulan Julai setiap tahun,  Bahagian Sukan menganjurkan Bulan Kecergasan KPM, adalah sesuai tarikh ini dipilih bagi  Majlis Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan.
3. Aktiviti  senamrobik  merupakan  senaman  sesi  memanaskan  badan  yang  menarik  sebelum  melaksanakan  aktiviti  bersukan.   Melalui  senamrobik,  tahap  kesediaan  untuk  melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang disamping  membantu meransang  otot  dan  tubuh  badan  secara  teratur.   Aktiviti  senamrobik  merupakan  senaman  yang  terancang  yang  boleh  dilakukan  beramai-ramai  untuk  meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.
4. Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu  meningkatkan  prestasi  paru-paru  dan  mengurangkan  implikasi  saluran  darah  tersumbat  disebabkan  kolesterol.   Melalui  aktiviti  senamrobik,  murid-murid  dan  guru-guru  dapat  meningkatkan  kecergasan  fizikal  seterusnya  mampu  melakukan  aktiviti  seharian  tanpa  merasa  letih.    Keupayaan  fizikal  yang  optimum  melalui  aktiviti  senamrobik  meningkatkan  kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat.
5. Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua  lapisan  masyarakat dan peringkat umur.  Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana  senamrobik:
  • merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress  serta meningkatkan kekuatan fungsi otak. 
  • dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit  jantung dan pembuluh darah.
  • dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor.
  • dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan sihat.
OBJEKTIF SENAMROBIK 1M1S
Senamrobik  1Murid  1Sukan  1Malaysia  dijadikan  amalan  di  sekolah-sekolah  bagi  mencapai objektif berikut:
  1. meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan. 
  2. melibatkan penyertaan semua murid.
  3. mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas. 
  4. mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul. 
  5. meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp.
MATLAMAT SENAMROBIK 1M1S
Matlamat  mengadakan  aktiviti  senamrobik  ini  adalah  untuk  melahirkan  generasi  murid  yang  cergas  dan  sihat,  dan  membudayakan  senaman  sebagai  amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka.  Menerusi senamrobik, setiap murid akan  tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta  dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti  senamrobik  ini  juga  bertujuan  membina  keyakinan  diri  murid  supaya  yakin  melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

KESIMPULAN SENAMROBIK 1M1S
Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia  Sempena  Pelancaran  Bulan  Kecergasan  Peringkat  Kebangsaan  KPM  2012  diharapkan  dapat  mengembalikan  semula  keaktifan  aktiviti  senamrobik  di  sekolah.  Senamrobik  ini  juga  diharapkan  sebagai  satu  platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang  mudah dan menyeronokkan.

SEKITAR PANORAMA SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA DI SK PERMATANG PADA 10 JULAI 2012

Sesi Pendaftaran Bagi Ibu Bapa :

wakil ibu, sungguh ceria mereka.
tidak lupa daripada wakil bapa.
Sebelum acara senamrobik dimulakan :

kelihatan murid-murid tahap 1 juga sangat seronok menunggu aktiviti senamrobik bermula.
Guru SK Permatang, Cikgu Su dan Cikgu Khyree dengan semangatnya bersama anak didik sebelum acara senamrobik bermula.


Guru Besar memberikan ucapan perasmian sebelum Pelancaran Senamrobik di mulakan.
Acara perasmian, dirasmikan oleh,En. Abdul Halim Bin Abdul Rashid iaitu Ketua Kg Permatang. Banner ini telah dihasilkan oleh cikgu sekolah kita, iaitu Cikgu Halim..tahniah diucapkan, kerana hasil seninya sangat cantik.

Acara senamrobik berlangsung :

 Cikgu Khyree dan Cikgu Suraini di lantik sebagai "Jurulatih Senamrobik" pada hari tersebut.




Murid-murid mengikut gaya yang diajarkan oleh jurulatih..murid prasekolah juga tidak ketinggalan, dan nampaknya mereka sangat seronok..

pusing kanan...pusing kiri.. :)


Cikgu perempuan juga tidak kurangnya juga..semua semangat semasa bersenam..tengok tu Uztazah dan Teacher Siva..sungguh happy.. :)

tidak lupa, kaum ibu..siapa kata, kaum ibu tiada masa.. ('',)

anak murid SK Permatang..macam-macam gaya, walaupun di depan mereka, ada jurulatih..tapi tak sama..hehe
semangat kesukanan..Guru besar..

Gaya jurulatih..terbaik..

 semua lain-lain..tetapi yang belakang tu pun, dah macam jurulatih pula.. :)




semuanya semangat..bagus !!


murid prasekolah pun ceria semasa bersenam.

hahh, ni apa kes ni..ni senamrobik ke, "senam gado"..hehe. (just kiding)

Ceria sungguh ckgu suraini masa ni..


penutup lagu senamrobik, "chicken dance", semua murid semangat habis..lagu rancak katakan.

penat le tu..

cantiknya..pemandangan awan itu..

Alhamdulillah..sudah selesai..bye..

Khamis, 19 Julai 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak


Salam semua..sedar tak sedar bulan Ramadhan telah pun hmpir tiba..insyallah pada esok hari, 21 Julai 2012, maka semua Umat Islam akan menyambut bulan yang mulia ini. Semoga di bulan yang mulia ini, dapat memberikan hidayah serta dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya buat kita semua.

Haa..ingat tu...
Untuk murid-murid pula, puasa tau..jangan tak puasa. Dan tidak lupa kepada murid tahun 6, jangan jadikan alasan di bulan Ramadhan ini, contohnya alasan "Letih la..tido dulu la..", tidak rajin mengulangkaji pelajaran kerana sebabnya letih..lemah tak makan..tetapi ketahui lah adik-adik, sebenarnya di bulan puasa ini lah seharusnya menjadikan adik-adik lebih bersemangat, kerana bulan puasa banyak ganjarannya. dan adik-adik rajin lah berdoa, kerana di bulan Ramadhan ini, doa kita amat lah penting, sebab doa orang yang berpuasa, mudah di makbulkan..insyallah..apa pun, kita mestilah berusaha, baru nampak hasilnya..betul tak?? janji murid-murid SK PERMATANG, rajin berusaha + doa..maka KEJAYAAN lah yang diperolehi..
Sekian coretan hari ni, Jumaat, 20 Julai 2012..wasalam..

Selasa, 17 Julai 2012

Program Kecemerlangan UPSR Murid Tahun 6

Tarikh : 16 Julai 2012, Isnin.
Masa : 2.30 hingga 4.30 petang.
Tempat : Pusat Akses SK Permatang
Tujuan : Meningkatkan tahap kecemerlangan murid-murid menjelang peperiksaan UPSR yang bakal tiba, dengan program menjawab soalan latihan di portal Utusan Malaysia.
Portal Latihan UPSR : www.adap.com.my/online 
(portal utusan ini juga menyediakan latihan soalan untuk kategori PMR, dan SPM)

Berikut adalah suasana murid-murid tahun 6 ketika mengulangkaji pelajaran secara interaktif, atau secara online. Apa yang dapat diperhatikan murid-murid sangat seronok, teruja dengan setiap soalan yang di jawab. kerana selepas sesi menjawab, murid-murid dapat mengetahui markah bagi setiap ujian. Maka secara tidak langsung, murid-murid dapat mengetahui apa kesalahan yang mereka buat ketika menjawab soalan tersebut, kerana pembetulan jawapan yang betul juga disediakan.
Soalan Kertas ujian merangkumi semua subjek UPSR. Murid-murid hanya perlu pilih dan klik pada soalan subjek yang dikehendaki. Contohnya, Bahasa Melayu, hanya klik sahaja.

Sepintas Lalu :
Sebelum meneruskan menjawab soalan, murid-murid perlu memasukkan emel dan username yang dikehendaki.

selepas isi, seterusnya klik "start".
Murid-murid "log in" sebelum menjawab soalan subjek yang di pilih.


Murid-murid kusyuk menjawab soalan "online".

Sesi berbincang..menjawab soalan matematik, yang memerlukan pengiraan.


memerlukan tumpuan yang teliti..
contoh paparan soalan bagi subjek bahasa melayu.

Selasa, 10 Julai 2012

Sambutan Majlis Ceramah Sempena Israk Dan Mikraj

Tarikh Ceramah : 21 Jun 2012, Khamis, 10.30 am - 12.45 pm
Penceramah : Ustaz En. Suhaimi Bin Jamauddin
Tajuk Ceramah : Sirah Israk dan Mikraj






Daripada ceramah yang disampaikan oleh penceramah, banyak ilmu manfaat dan pengajaran yang dapat diperolehi oleh murid-murid. Ustaz Suhaimi juga banyak memberikan cerita-cerita tauladan kepada murid-murid terutamanya Sikap berbuat baik kepada orang tua kita iaitu Ibu dan Bapa.

Berikut adalah ringkasan daripada ceramah yang disampaikan :
  • memahami sejarah terjadinya "sirah Israk dan Mikraj".
  • Kita dapat memahami dan menghayati alam ciptaan Allah S.W.T.
  • Menghayati sejarah perjalanan Rasullah S.A.W yang berlaku dalam satu malam dengan penuh sejarah.
  • Mendapat iktibar berguna bagaimana kekuatan iman seseorang dalam adab seharian terutamanya berbuat baik kepada Ibu Bapa kita, dan secara tidak langsung kebaikan dan ganjaran yang diperolehi apabila berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa kita.
  • Menceritakan kekuatan Iman para muslimin dan muslimat terawal pada zaman sirah dahulu, yang beriman dan taat patuh kepada Allah S.W.T. Contohnya, Masitah iaitu yang bekerja sebagai seorang tukang dandan firaun pada zaman sejarah Islam, dan lain-lain.
  • Sentiasa mensyukuri nikmat kebesaran dan keagungan dan kemuliaan di Bulan Rejab dengan kita hendaklah sentiasa menghidupkan bulan ini dengan amalan-amalan perkara sunat, contohnya puasa sunat Rejab dan Nisfu Sya'ban. 
  • Yang paling penting, ditekankan oleh penceramah ialah, bagaimana kita menjaga solat, dan sejarah terjadinya kewajipan solat yang pada asalnya dari 50 waktu, di kurangkan sedikit demi sedikit, dan jadilah 5 waktu seperti sekarang. dan ganjaran kepada umat Islam dari mengerjakan solat dan kesan akibatnya meninggalkan dan melalaikan solat fardu.

Suasana semasa ceramah berlangsung :
Ustaz Suhaimi bersama dengan guru besar SK Permatang. sebelum sesi ceramah.

semasa sesi ceramah berlangsung.
Ustaz Suhaimi menunjukkan video berbuat baik kepada ibu bapa.
murid-murid mendengar ceramah dan ada yang mencatat di buku nota..tahniah..
murid-murid memberi tumpuan apa yang disampaikan.
Penceramah menerima cenderahati daripada pihak sekolah yang disampaikan oleh Guru Besar sekolah kita.

Selepas selesai sesi ceramah, telah diadakan kuiz uji minda, di mana murid-murid dikehendaki menjawab soalan yang disampaikan oleh Ustazah Sharifah, melalui kisah apa yang ada pada slot ceramah tadi. Setiap soalan kuiz mengikut kategori setiap kelas.


Murid tahun 1 menjawab soalan kuiz.
murid menjawab soalan.
Setiap murid yang menjawab soalan kuiz dengan tepat akan diambil nama untuk mendapat cenderahati dari pihak sekolah anjuran Panitia Agama Islam.
Wakil murid tahun 6 menjawab soalan kuiz.

Sesi terakhir, adalah sesi penyampaian hadiah kepada murid-murid yang menang menjawab soalan kuiz. Tahniah di ucapkan. Semoga berjumpa di program seperti ini pada masa akan datang. Insyallah...

Penyampaian hadiah daripada PK Kokurikulum, Pn. Marsita.
Penyampaian hadiah daripada Guru Besar, En. Mohammad Taib.