Sekolah Kebangsaan Permatang berjaya meraih dua kategori
dalam pertandingan keceriaan bilik-bilik khas sempena Sambutan Hari Guru
Peringkat DUN Sungai Manik yang diadakan pada 28 Mei 2016 di Dewan MPTI
Langkap, Perak. Dua kategori yang
dimenangi ialah kategori Makmal Komputer dan Bilik Pra Sekolah. Majlis ini
dirasmikan oleh YB Datuk Zainol Padzi bin Paharudiin , EXCO Keraja Negeri Perak
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik. Hadiah-hadiah berupa plak dan wang tunai
disampaikan oleh YB Datuk Zainol dalam suasana penuh gilang gemilang. Tahniah diucapkan kepada
penyelaras-penyelaras bilik tersebut yang berjaya mengharumkan nama
sekolah. Semoga kejayaan ini akan
menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya
pada masa hadapan.
Jumaat, 29 Mei 2015
Selasa, 26 Mei 2015
PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2015
Jawatankuasa Task Force UPSR SK Permatang telah merangka beberapa program bagi merealisasikan kecemerlangan UPSR tahun 2015. Diharapkan melalui program yang dirancang ini akan dapat membantu murid mengenggam kejayaan peribadi. Untuk itu, beberapa aktiviti telah berjalan seperti yang dirancang, antaranya :
1. Kelas Intensif Pagi bermula 7.15 pagi setiap hari kecuali Jumaat dengan dibimbing oleh
guru mata pelajaran.
2. Kelas Bimbingan Petang setiap hari mulai 2.30 petang
3. Program Motivasi Murid dan Ibu bapa telah diadakan dengan menjemput motivator
dari SK Pendeta Za`ba , Tapah.
4. Motivasi Keyakinan Diri ( Kem Kental Jiwa) dengan kerjasama Universiti Malaysia
Pahang (UMP) dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 29 Mei - 1 Jun 2015).
5. Program Kelas Tambahan Masa Cuti . Dilaksanakan pada bulan Jun
6. Melaksanakan Program EWS bagi memantau prestasi murid UPSR.
7. Program mentor mentee
Selain itu, beberapa aktiviti lain akan turut dilaksanakan sebagai persediaan murid seperti ;
1. Teknik Menjawab Soalan
2. Majlis Bacaan Yassin dan Solat hajat
3. Latih Tubi Berfokus
4. Program KEPONG
5. Program Temu Mesra
1. Kelas Intensif Pagi bermula 7.15 pagi setiap hari kecuali Jumaat dengan dibimbing oleh
guru mata pelajaran.
2. Kelas Bimbingan Petang setiap hari mulai 2.30 petang
3. Program Motivasi Murid dan Ibu bapa telah diadakan dengan menjemput motivator
dari SK Pendeta Za`ba , Tapah.
4. Motivasi Keyakinan Diri ( Kem Kental Jiwa) dengan kerjasama Universiti Malaysia
Pahang (UMP) dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 29 Mei - 1 Jun 2015).
5. Program Kelas Tambahan Masa Cuti . Dilaksanakan pada bulan Jun
6. Melaksanakan Program EWS bagi memantau prestasi murid UPSR.
7. Program mentor mentee
Selain itu, beberapa aktiviti lain akan turut dilaksanakan sebagai persediaan murid seperti ;
1. Teknik Menjawab Soalan
2. Majlis Bacaan Yassin dan Solat hajat
3. Latih Tubi Berfokus
4. Program KEPONG
5. Program Temu Mesra
Rabu, 22 Januari 2014
Salam Maulidur Rasul 1435H
14 Januari 2014 (Selasa) merupakan cuti umum semua rakyat di Malaysia.
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan " WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH ".
MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.
Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, Nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya Keperibadian Terpuji.
Masyarakat Arab
Quraisy amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi
Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah
bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir.
Baginda dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik
budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.
Ketokohan
Baginda
Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam
, semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah
dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya
dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota
Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah
bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan
jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam
menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam adalah
bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.
Ketokohan nabi
Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi
ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh
orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran
lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W)
merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya
diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan
Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang
jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana
untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain
menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan
hingga ke hari ini.
Kesimpulan
Oleh yang
demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan
mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam
pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi
umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya
menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan
terbaik.
Rabu, 11 September 2013
Apa itu " Frog VLE " ?
Apakah yang di maksudkan dengan FROG VLE ?
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang
menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep
pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional.
Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala
pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE.
Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh
mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui
Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya
capaian Internet.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang program Frog ini, boleh klik pautan di bawah ini :
Projek 1Bestarinet
Apakah itu projek 1BestariNet?
Sejajar
dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan
Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang merupakan
inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menerajui transformasi
pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada
semua sekolah di Malaysia. Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk
merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform
pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan
bandar dan luar bandar.
1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL
Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah
dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses Internet
berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan
sambungan Internet yang laju serta akses kepada Penyelesaian
Pembelajaran Bersepadu yang bertaraf dunia.
Alam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran
tidak lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Kehadiran frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan
berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di
dalam kelas, malah di mana sahaja mereka berada. Apa yang diperlukan
hanyalah sebuah komputer, pelayar (browser), dan sambungan Internet.
Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID
Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya
untuk :
- Mengakses platform frog VLE
- Mengakses emel peribadi Yes
- Mengakses semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education.
Isnin, 9 September 2013
Peperiksaan UPSR bermula..semoga berjaya !!
Selasa, 3 September 2013
Semoga Berjaya, Murid Tahun 6
Admin selaku wakil warga SKP, ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada murid Tahun 6, yang akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan, 10 hingga 12 September 2013.
Harapan kami semua, agar murid tahun 6, menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, tekun berusaha, banyakkan berdoa sepanjang peperiksaan, dan memperolehi kejayaan yang cemerlang buat diri masing-masing, serta dapat mengharumkan nama sekolah kita dengan prestasi keputusan yang akan datang.
Kami semua sentiasa mendoakan kejayaan anak didik kami.
![]() |
| berusahalah wahai anak didik kami dengan cemerlang terbilang gemilang !! |
Langgan:
Catatan (Atom)













