Free Blue Glitter Link Select Cursors at
| SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Jumaat, 12 April 2013

Senarai nama bagi program 'selamat hari jadi'

Berikut merupakan nama murid-murid yang sudah pun di raikan mengikut bulan masing-masing.

senarai nama bulan 1. (klik pada gambar untuk paparan lebih jelas).
senarai bulan 2. (Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.)
senarai bulan 3. (klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.)
selepas ini, adik-adiik semua tunggu ye untuk bulan seterusnya. Terimalah video lagu  ini untuk tatapan semua.. "selamat hari jadi".


Selasa, 9 April 2013

Selamat Hari Jadi Bulan Mac (Unit Sekolah Penyayang)

Tarikh : 8 April 2013
Tempat : Dataran Perhimpunan SKP

Selamat Hari Jadi di ucapkan kepada anak murid SK Permatang pada bulan Mac. Seperti yang di ketahui, sekolah kita setiap bulan akan mengadakan sambutan hari jadi kepada anak murid SKP. Setiap bulan kita akan meraikannya dengan memberikan 'kad hari jadi' , yang dibuat sendiri oleh pihak sekolah, (di ucapkan terima kasih kepada Juruteknik Komputer sekolah atas kerjasama beliau membantu Cikgu Sukimi) . Guru program sekolah penyayang adalah di bawah kelolaan Cikgu Mohd Sukimi Bin Mat Desa. Segala aktiviti berkaitan di bawah program Unit Penyayang, beliau lah  yang merancangkannya serta merealisasikannya.

Di sini, admin sertakan serba sedikit paparan buat tetapan pembaca setia blog kami ini. segala aktiviti di sekolah kami, dapat di kongsikan dengan anda semua.

SEKILAS LALU
Penyampaian kad hari jadi kepada adik Nur Najmi Umairah dari tahun 1.
Penyampaian kad hari jadi kepada adik Mohammad Azim dari tahun 2.
setelah murid dapat kad hari jadi, berbaris di hadapan sementara menunggu kawan-kawan yang lain.

murid-murid begitu gembira setelah dapat kad hari jadi, yang temanya "Upin Ipin".
semua murid menunjukkan kad hari jadi mereka.
nyanyian lagu "SELAMAT HARI JADI" kepada yang di raikan. Lagu "ALLAH SELAMATKAN KAMU" , pun ada juga. :-)


Ha, begitulah suasana ketika anak murid SKP diraikan. sangat seronok mereka, mula-mula saja 'malu-malu' hendak naik ke atas pentas mengambil kad masing-masing, tetapi apabila kawan-kawan mereka yang lain, nyanyikan lagu terus tersenyum mereka.
Tetapi, pada bulan ini, ada kelainan daripada bulan yang sebelumnya, kerana, sambutan kali ini, bukan semata-mata kepada murid sahaja, tetapi juga kepada Guru dan Kakitangan sekolah. Nak tahu kenapa berbeza? sebabnya, kata Cikgu Sukimi, dapat sambutan yang menggalakkan untuk meraikan di kalangan guru dan staff. secara tidak langsung, bolehlah kita sama-sama meraikannya. lagi meriah..

kek untuk cikgu..makan sama-sama. hihi.
Nyanyian "Happy Birthday To U"..
Cikgu Siva, PK1 Cikgu Masitah Sulong, Ustazah Khadijah dan (staff) Puan Latifah.

Selamat Hari Lahir, Pn. Hjh Masitah Bt Sulong, PK Pentadbiran, pada 21 Februari.
Selamat Hari Lahir, Ustazah Khadijah pada 12 Januari.
Happy Birthday, teacher Sivagamy a/p Raman, pada 14 April.
Selamat Hari Lahir, Puan Latifah bt Aserani, pada 16 Februari.
Tidak lupa juga kepada 2 staff yang tidak hadir ketika majlis ini berlangsung, di mana mereka juga tersenarai. Admin (wakil sekolah), mengucapkan selamat hari jadi kepada ;
- Puan Zuraidah bt Bitan, pada 27 Februari, (cuti bersalin), dan
- Cik Hjh Fatimah bt Yeop Ibrahim pada 2 Februari (cuti sakit).


Isnin, 8 April 2013

Selamat Bersara Cikgu Mohd Shairy, "Jasamu Dikenang"


banner majlis bersara cikgu Shairy
Pada tanggal 3 April 2013, sekolah kita telah mengadakan sambutan sempena Majlis Persaraan Cikgu Mohd Shairy di sini. Maka sekolah kita telah kehilangan seorang guru, yang sangat kita sayang. Cikgu Shairy telah pun berkhidmat di sekolah ini hampir 10 tahun lamanya. Kehilangan perpisahan ini amat kita rasai. begitu juga kepada murid-murid SK Permatang. Kerana Cikgu Shairy seorang yang penyayang, yang ceria dengan anak muridnya. Sebut sahaja lah "Cikgu Shairy", tentu saja anak muridnya tersenyum girang. Sikap penyayang kepada anak muridnya ini lah yang memikat hati murid di sini. Selain itu, cikgu shairy seorang yang tegas, terutama dalam bidang sukan, contohnya olahraga. Cikgu Shairy sanggup berkorban masa turun ke padang melatih anak didiknya.

Adat bertemu, pasti berpisah..hanya memori bersama Cikgu Shairy lah sebagai tanda kenang-kenangan di masa datang. harapan kami agar Cikgu Shairy sentiasa mengingati kami di sini, dan mendoakan anak murid SK Permatang berjaya di dalam pelajaran.

LATAR BELAKANG TENTANG CIKGU SHAIRY
Serba sedikit tentang siapa Cikgu Shairy :
- dilahirkan pada tanggal 4 April 1955, di Kg. Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak. beliau merupakan anak ke 3 daripada 8 adik-beradik.
- memulakan pendidikan awal pada darjah 1 di SK Langkap, berjaya menamatkan persekolahan sehingga darjah 6 iaitu pada tahun 1967.
- Cikgu Shairy meneruskan pendidikannya di peringkat menengah bermula di SMK Khir Johari pada tahun 1968 sehingga 1973.
- berkahwin pada 24 April 1982, bersama pilihan hatinya iaitu Puan Hanizan Bt Hassan. Hasil perkahwinannya selama 30 tahun, beliau dikurniakan 4 orang cahaya mata dan 2 orang cucu.

LATAR BELAKANG KERJAYA
- memulakan kerjaya sebagai seorang pada tahun 1980, setelah beliau tamat mengikuti kursus perguruan asas di Maktab Perguruan Sultan Idris selama 1 setengah tahun iaitu pada tahun 1979.
- tugas pertamanya menjadi guru di SK Gugusan Suharto, Kuala Kubu Bharu, Selangor. berkhidmat dari tahun 1980 hingga ke 1984.
- pada tahun 1985 hingga 1987, beliau bertugas di SK Khir Johari, Sungai Sumun.
- pada tahun 1988, bertukar ke SK Permatang Pelandok hingga 1998.
- pada tahun 1998, sekali lagi beliau ditukarkan ke SK Dato' Yahya Subban hingga bulan Februari 2003.
- dan pada bulan Mac 2003, bermulalah beliau berkhidmat di sini, SK Permatang Sungai Manik, Teluk Intan. Cukup lah 10 tahun cikgu Shairy di sini.

Saya (admin) , wakil dari sekolah ini, mengucapkan ribuan terima kasih, jasamu dikenang, dan segala kenangan indah suka duka memori bersama kita di sini, sebagai tanda ingatan di hatimu.."SELAMAT BERSARA."

PANORAMA SEKITAR MAJLIS BERLANGSUNG

perarakan dari kantin ke dewan.
guru besar  juga berarak meraikan cikgu Shairy. Cikgu Shairy yang berbaju kemeja batik.
sebelum ke dewan.

isteri cikgu Shairy bersama anaknya..juga hadir di majlis ini.
bacaan doa sebagai memberkati majlis.
Cikgu Shairy bersama isterinya, dikehendaki duduk di pelamin untuk di raikan. Ibarat pengantin baru.. :-)
Melihat tayangan slide semasa zaman muda..






 
Tema kali ini, berbentuk hantaran, iaitu sebanyak 11 dulang hantaran, di mana ke semuanya 'hadiah untuk Cikgu Shairy' , sebagai tanda kenang-kenangan. antaranya, baju kemeja, jam tangan, tuala yang siap di gubah, kasut, dan lain-lain.
tersenyum cikgu melihat 'suprise' daripada warga SKP.

Ketika berucap buat kali terakhir perkhidmatannya di sini. Cikgu Shairy mengatakan yang beliau agak sebak pada hari ini. 10 tahun beliau di sini. semuanya menjadi kenangan buatnya, paling terharu dengan cara sambutan yang diadakan, kerna beliau sendiri tidak menyangka kejutan buatnya, dengan bersiap hantaran. memang tidak di sangka.

persembahan murid meraikan cikgu shairy. 2 lagu, lagu perpisahan dan terima kasih cikgu. persembahan di latih oleh Uztazah Sarifah.
Cikgu terhibur..
Cikgu Shairy ketika sesi memotong kek, di apit dengan Guru Besar, dan wakil dari PPD Hilir Perak, iaitu En. Mohd Nazri Bin Kamaruddin, Penyelia Pendidikan Swasta.
gambar 1: Hantaran hadiah di sampaikan wakil daripada PIBG.
gambar 2 : Hantaran hadiah di sampaikan wakil daripada PPD.

gambar 3 : Gambar di atas, hantaran hadiah di sampaikan wakil daripada Guru, PK Pentadbiran, Pn. Hajah Masitah Bt Sulong, dan gambar bawah, daripada Cikgu Zaiton.
gambar 4 : Hantaran hadiah di sampaikan wakil daripada staff sokongan.
11 hantaran hadiah, di sampaikan mengikut susunan. gambar 1 hingga 4 adalah sebahagiannya.

gambar 5
gambar 6
SESI PENUTUP MAJLIS, BERSALAM DENGAN CIKGU SHAIRY

Rezeki anak murid SK Permatang, dapat ole-ole daripada Cikgu Shairy.
bersama murid prasekolah.

ada yang cium tangan..tanda sayangnya kepada cikgu.
"cikgu..kami minta maaf"
murid tahun 6, menunggu cikgu Shairy..
kereta yang khas untuk Cikgu Shairy naik.
sudah ke penghujungnya..
sebelum menuju ke kereta, untuk berlepas.
sempat lagi menyembang sebelum naik ke kereta.
testing...
mula bergerak..
anak murid melambai cikgu..
bye bye cikgu...
tata titi tutu...cikgu..
kereta hitam, dinaiki oleh anak Cikgu Shairy.
senyuman yang gembira apabila di raikan dnegan penuh meriah.
cikgu..bye..bye..
lambaian terakhir sebelum keluar dari pintu pagar.. "Cikgu sayang kamu semua"..
Admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang telah terlibat melaksanakan program sambutan ini dengan baiknya. Tanpa komitmen yang baik daripada semua pihak, mungkin tidak semeriah ini.
Di akhir kata, terima lah gurindam lama ini buat yang di raikan..

" Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan "

"Anak cina pasang lukah , lukah dipasang di tanjung jati,
di dalam hati tidak ku lupa, sebagai rambut bersimpul mati "