Rindu Ramdhan Ya Ramadhan hadirmu menjengah syahdu Pada hati yang menunggu Sebening rindu Kau sirami taman Menyegarkan iman yang ketandusan mekar bak bungaan Kala Ramadhan menjelma Bersyukurlah kita kerna bulan mulia Ada rahmat padanya Kala ada keampunan ada kebebasan Dari azabNya jangan persiakan Ayuh bersama raikannya Puasa tarbiah didik nafsu dan kawal lidah Kalam madah Zikrullah memuji Allah Malamnya ibadah Dengan jiwa yang mujahadah Pasrah dan berserah kepada Allah Ramadan berlalu bila sampai waktu mungkinkah aku bertemu denganmu Ramadhan ku rindu di ruangan waktu Mungkinkah aku bertemu denganmu Kala Ramadhan menjelma Bersyukurlah kita kerna bulan mulia Ada rahmat padanya Kala ada keampunan ada kebebasan Dari azabNya jangan persiakan Ayuh bersama raikannya
Sekolah Kebangsaan Permatang berjaya meraih dua kategori
dalam pertandingan keceriaan bilik-bilik khas sempena Sambutan Hari Guru
Peringkat DUN Sungai Manik yang diadakan pada 28 Mei 2016 di Dewan MPTI
Langkap, Perak. Dua kategori yang
dimenangi ialah kategori Makmal Komputer dan Bilik Pra Sekolah. Majlis ini
dirasmikan oleh YB Datuk Zainol Padzi bin Paharudiin , EXCO Keraja Negeri Perak
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik. Hadiah-hadiah berupa plak dan wang tunai
disampaikan oleh YB Datuk Zainol dalam suasana penuh gilang gemilang. Tahniah diucapkan kepada
penyelaras-penyelaras bilik tersebut yang berjaya mengharumkan nama
sekolah. Semoga kejayaan ini akan
menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya
pada masa hadapan.
Jawatankuasa Task Force UPSR SK Permatang telah merangka beberapa program bagi merealisasikan kecemerlangan UPSR tahun 2015. Diharapkan melalui program yang dirancang ini akan dapat membantu murid mengenggam kejayaan peribadi. Untuk itu, beberapa aktiviti telah berjalan seperti yang dirancang, antaranya :
1. Kelas Intensif Pagi bermula 7.15 pagi setiap hari kecuali Jumaat dengan dibimbing oleh guru mata pelajaran.
2. Kelas Bimbingan Petang setiap hari mulai 2.30 petang 3. Program Motivasi Murid dan Ibu bapa telah diadakan dengan menjemput motivator dari SK Pendeta Za`ba , Tapah. 4. Motivasi Keyakinan Diri ( Kem Kental Jiwa) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 29 Mei - 1 Jun 2015). 5. Program Kelas Tambahan Masa Cuti . Dilaksanakan pada bulan Jun 6. Melaksanakan Program EWS bagi memantau prestasi murid UPSR. 7. Program mentor mentee
Selain itu, beberapa aktiviti lain akan turut dilaksanakan sebagai persediaan murid seperti ;
Guru Besar En. Mohammad Taib Bin ZuriDG38 PK Pentadbiran En. Zaidi bin HassanDG41 PK HEM En. Jumud-Din Bin Ramli DG34(KUP) PK Kokurikulum Pn. Nor Fazni Bt IbrahimDG32 Guru Penyelaras Bestari Pn. Hajar Bt NorbitDG41 Guru Data Pn. N0rsyuhaida Bt Sharin DG41 Guru Prasekolah Nik Hamarun Bin Abdul HalimDG41 Guru Pemulihan Tn. Hj Shamshul Bharin Bin Abd.Khalid DG34(KUP) Guru Media Pn. Azimah Bt Baharudin DG34(KUP)
Senarai nama guru : Pn. Siti Nurasilawati Bt Mohd Nor DG41 Pn. Sarifah Bt Yusof DG41 En. Khairul Anuar Bin Lokman DG41 En. Mohamad Nasir B.Mohamed Afandi DG41 Pn. Khadijah Bt Hj. Ibrahim DGA34(KUP) En. Norhalim Bin Jaafar DGA34(KUP) Pn. Zaidah Bt Mohd SaidDGA34(KUP) En. Mohd Sazalli Bin Mohd Yusuf DG34(KUP) Pn. Rosnah Bt SiratDGA32(KUP) Pn. Norazlina Bt Sha'ri DG32(KUP) Pn. Azlina Salvie Bt Zulkifly DG32(KUP) Pn. Siti Fatimah DG32(KUP) Cik Sivagamy A/P Raman DG32(KUP)
Senarai Nama Staff Sokongan : Cik Norhayati bt. Shafie ( PT-N17) Pn. Zuraidah Bt Bitan(PPM - N17) Pn.Wan Noor Rosnani Bt Mohd Sani (FT 17) Pn.Latifah Bt Aserani(PAR - N4) En.Mohd Azman Bin Jahari(PAR-N4)
"Guru Bertugas Minggu Ini"
pada 3/8/ - 7/8/2015 : - Cikgu Azimah - Cikgu Rosnah Ucapan perhimpunan rasmi bertemakan tentang : - Bersyukur
SK Permatang terletak di Sungai Manik, Teluk Intan, di daerah Hilir Perak. SK Permatang lokasinya yang indah kerana terletak di kawasan sawah padi, yang pemandangannya sungguh hijau dan nyaman. SK Permatang dibina pada tahun 1934, oleh Ketua Kampung pada masa dahulu.Di sekitar SK Permatang ini juga, banyak rumah-rumah kampung, di mana kawasannya dipanggil Kampung Permatang.