Free Blue Glitter Link Select Cursors at
September 2013 | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Rabu, 11 September 2013

Apa itu " Frog VLE " ?

Apakah yang di maksudkan dengan FROG VLE ?


Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE. 

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional.
 
Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.


Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang program Frog ini, boleh klik pautan di bawah ini :

Projek 1Bestarinet

Apakah itu projek 1BestariNet?
 
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang merupakan inisiatif  Kementerian  Pelajaran  Malaysia dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia. Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses Internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet yang laju serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu yang bertaraf dunia.
Alam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kehadiran frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer, pelayar (browser), dan sambungan Internet. Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya untuk :
  1. Mengakses platform frog VLE
  2. Mengakses emel peribadi Yes
  3. Mengakses semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education.


Untuk maklumat secara lanjut anda boleh klik pada pautan ini :

gambaran secara rawak rangkaian 1Bestarinet

Isnin, 9 September 2013

Peperiksaan UPSR bermula..semoga berjaya !!

berikut adalah jadual peperiksaan UPSR yang bermula pada hari ini, 10 - 12 September 2013,
jadual 1

jadual 2
jadual 3
semoga murid-murid tahun 6, berjaya.. usaha + doa + tawakal..

Selasa, 3 September 2013

Semoga Berjaya, Murid Tahun 6



Admin selaku wakil warga SKP, ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada murid Tahun 6, yang akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan, 10 hingga 12 September 2013.
Harapan kami semua, agar murid tahun 6, menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, tekun berusaha, banyakkan berdoa sepanjang peperiksaan, dan memperolehi kejayaan yang cemerlang buat diri masing-masing, serta dapat mengharumkan nama sekolah kita dengan prestasi keputusan yang akan datang.
Kami semua sentiasa mendoakan kejayaan anak didik kami.

berusahalah wahai anak didik kami dengan cemerlang terbilang gemilang !!