Free Blue Glitter Link Select Cursors at
2012 | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Ahad, 30 Disember 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah, Welcome back to school !!


Assalamualaikum buat semua warga SK Permatang..dan khususnya kepada murid-murid yang bakal kembali ke sekolah setelah sekian lama bercuti. Sedar tidak sedar, sudah penghujung 2012, dan muncul tahun baru, Januari 2013, tahun baru buat murid-murid yang akan ke sekolah. suasana hari pertama persekolahan, 2 Januari 2013, terutamanya murid tahun satu..tentu kita akan melihat kerenah dan ragam mereka.
Bagi murid tahun 2 hingga 6, keadaannya sudah biasa, cuma pertukaran kelas dan juga guru kelas. Apapun semoga tahun baru ini, murid-murid SK Permatang lebih berazam tinggi, seperti motto 'sentiasa di puncak kegemilangan', begitu jugalah buat anak murid sekalian. Ibu bapa kita telah menyediakan kelengkapan baru buat anak, seperti membeli kasut sekolah baru, beg baru, baju baru dan sebagainya, maka sebagai seorang anak, mestilah membalas jasa ibu bapa kita yang sudah banyak 'korbankan' untuk kita. maka, sebagai seorang anak, tingkatkan azam tahun ini supaya lebih cemerlang daripada tahun yang lepas.
Semoga ada sinar baru buat kita semua pada tahun 2013 ini.
sekian..Majulah Diri Anda, Untuk Peningkatan Kecemerlangan SKP..


Jumaat, 28 Disember 2012

Analisis Keseluruhan Pencapaian UPSR

Berikut adalah analisis keseluruhan Pencapaian UPSR bagi tahun 2009 sehingga 2012.


Berikut adalah analisis Pencapaian UPSR 2012 mengikut pencapaian murid yang terbaik.


Tahniah di ucapkan kepada Adik Nur Azizah Binti Darusman yang telah mendapat pencapaian yang terbaik bagi pihak sekolah ini. Harapan kami dari warga SK Permatang, semoga adik azizah sentiasa cemerlang di dalam pelajarannya pada masa akan datang. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada ibu bapa beliau, dan ibunya juga seorang pendidik di sekolah permatang ini, iaitu Uztazah Khadijah.
Tahniah di ucapkan.

Ahad, 16 Disember 2012

Sekadar Renungan Di Sebalik Tarikh...

RAHSIA ANGKA 12.12.12..
 
Tarikh di atas beberapa hari yang lalu..Cantik disebut dan dipandang. Tapi kita perlu sedar bahawa ALLAH  S.w.t yang mengkehendaki tarikh ini terjadi. Oleh itu, bersyukurlah kerana diberi peluang dan berkesempatan menyaksikan keindahan ini. Mari kita campurkan 12+12+12 atau gandakan 12x3. Maka kita akan dapat jawapan "36". Dan kebetulan pula Angka 36 jika kita lihat di dalam susunan surah dalam Al-Quran, Surah ke 36 ini ialah Surah Yaasin. Subhanallah...Maha Suci Allah..

Disember..12/12/2012

Salam..semua buat pembaca blog sekolah ini. terlebih dahulu memohon maaf kerana sudah lama rasanya blog ini tidak 'update'. bagi pihak 'admin', memohon maaf kerana atas kesilapan tidak 'update' blog ini..mungkin kerana faktor kekangan masa yang sesuai, atau pun faktor idea, dan lain-lain faktor secara tidak langsung tengah proses membaik pulih blog ini agar nampak ceria..
Hari ini, sedar tidak sedar kita sudah berada pada tarikh yang cukup cantik.. 12.12.2012..cukup cantik dan menarik kombinasi angkanya. mudah-mudahan dari tarikh ini, 'admin' akan cuba sedikit demi sedikit 'update' blog sekolah ini agar ada info-info yang terkini. dan insyallah untuk aktiviti yang tidak sempat 'admin' buat, 'admin' akan cuba hasilkan untuk tatapan buat warga SK Permatang..
Akhir kata, segala yang baik itu datang dari Allah s.w.t, dan yang buruk itu dari kita sendiri..semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati. Amin..

Isnin, 3 September 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR, Semoga Berjaya!!

Salam semua kepada murid-murid SK Permatang. Tidak lama lagi, murid Tahun 6 akan menduduki peperiksaan yang amat penting, UPSR. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. 11 September 2012, akan tiba, dan hanya memanggil sahaja.
Kami warga SK Permatang, dari guru, dan warga pentadbiran sekolah, ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan dan Selamat Maju Jaya.Doa dan harapan kami semoga anak didik kami beroleh kejayaan yang cemerlang, dan dapat menaikkan serta mengharumkan nama sekolah kita suatu hari nanti.
Semoga murid tahun 6 yang disayangi sentiasa tenang dalam menghadapi pepriksaan ini, dan berusaha, yakin dan selebihnya Tawakal kepada Allah. Setiap apa yang anda usahakan daripada sebelum ini lagi, dengan mengulangkaji pelajaran, dan sebagainya, insyallah kejayaan pasti milik anda. Yang pasti, YAKIN BOLEH, UPSR 5A !!





Ahad, 2 September 2012

Lagu Tema Kemerdekaan, "Sayang Malaysia"

Selain lagu Janji Ditepati seperti yang di post kan di blog sekolah ini, terdapat juga lagu tema kemerdekaan yang lain, iaitu, Lagu Sayang Malaysia. Lagu ini juga ada disiarkan di televisyen semasa sambutan kemerdekaan kali ke 55 tahun. 
Lirik Lagu: Nadi Rakyat, Sayang Malaysia
(Lagu Tema 55 Tahun Merdeka) 
Bersatu Dengan Bimbinganmu,
Kita Bersatu Dengan Misimu,

Malaysia,
Sayang Padamu,
Rakyat Didahulu,
Pencapaian Diutama,

Kau Bantu Kami Masa Susah,
Kau Mengerti Nadi Rakyat,
Kau Bantu Kami Masa Susah,
Kau Mengerti Nadi Rakyat.

Adalah Masanya,
Untuk Kita Sedar,
Betapa Syukurnya Yang Seadanya.

Adalah Masanya,
Untuk Kita Sedar,
Betapa Syukurnya Yang Seadanya.

Lalala.. Lalala

Kau Sayang Pada Kami
Sayang Padamu

Kau Sayang Pada Kami
Sayang Padamu

Kau Bantu Kami Masa Susah,
Kau Mengerti Nadi Rakyat,
Kau Bantu Kami Masa Susah,
Kau Mengerti Nadi Rakyat.

Malaysia,
Sayang Padamu,
Rakyat Didahulu,
Pencapaian Diutama,

Adalah Masanya, (Masanya..)
Untuk Kita Sedar, (Kita Sedar..)
Betapa Syukurnya Yang Seadanya.

Adalah Masanya,
Untuk Kita Sedar,
Betapa Syukurnya Yang Seadanya.

Lalala.. Lalala

Kau Sayang Pada Kami
Sayang Padamu

Lalala.. Lalala

Kau Sayang Pada Kami
Sayang Padamu

Adalah Masanya,
Untuk Kita Sedar,
Betapa Syukurnya Yang Seadanya.

Adalah Masanya,
Untuk Kita Sedar,
Betapa Syukurnya Yang Seadanya.


Video Lagu Sayang Malaysia
 

Lagu Tema Kemerdekaan "Janji Ditepati"

Sempena sambutan di bulan kemerdekaan, pihak kerajaan telah mencipta satu lagu tema sempena menyambut bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-55. Lagu yang sering diperdengarkan di televisyen dan juga radio tersebut telah diberi tajuk ‘Janji Ditepati’.

Logo Tema Janji Ditepati, sempena kemerdekaan 31 Ogos 2012

Lirik Lagu 'JANJI DITEPATI'
 Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
  Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

  Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

Video Lagu Janji Ditepati


Khamis, 26 Julai 2012

Program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan (1M1S) 1Malaysia

BAGAIMANA WUJUDNYA PROGRAM SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA?
Pelancaran  Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia Peringkat Kebangsaan
1. Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia  bertujuan  untuk  menghidupkan  kembali dan mengaktifkan semula aktiviti senamrobik di sekolah selaras dengan: 
1.1  Surat  Pekeliling  Ikhtisas  (SPI)  Bil.  10/1988:  Senaman  Beramai-ramai  Untuk Meningkatkan  Kecergasan  Dan  Tahap  Kesediaan  Murid  dan  Guru  Untuk  Bersukan Disamping Melibatkan Penyertaan Beramai-Ramai; dan 
1.2  Laporan  Jawatankuasa  Kabinet  Mengkaji  Pelaksanaan  Dasar  Pelajaran  1979  juga memperakukan: Sekolah-sekolah  hendaklah  mengadakan  senaman  beramai-ramai yang melibatkan penyertaan semua murid.
2. Mesyuarat  Jawatankuasa  Pembangunan  Sukan  Sekolah  Siri  4  Bil.  1/2012  yang  dipengerusi  oleh  YAB Timbalan  Perdana  Menteri  merangkap  Menteri  Pelajaran  Malaysia  pada 27 Februari 2012 telah bersetuju Bahagian Sukan menganjurkan Senamrobik Serentak  1Murid 1Sukan 1Malaysia pada tahun ini.   Memandangkan pada bulan Julai setiap tahun,  Bahagian Sukan menganjurkan Bulan Kecergasan KPM, adalah sesuai tarikh ini dipilih bagi  Majlis Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan.
3. Aktiviti  senamrobik  merupakan  senaman  sesi  memanaskan  badan  yang  menarik  sebelum  melaksanakan  aktiviti  bersukan.   Melalui  senamrobik,  tahap  kesediaan  untuk  melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang disamping  membantu meransang  otot  dan  tubuh  badan  secara  teratur.   Aktiviti  senamrobik  merupakan  senaman  yang  terancang  yang  boleh  dilakukan  beramai-ramai  untuk  meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.
4. Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu  meningkatkan  prestasi  paru-paru  dan  mengurangkan  implikasi  saluran  darah  tersumbat  disebabkan  kolesterol.   Melalui  aktiviti  senamrobik,  murid-murid  dan  guru-guru  dapat  meningkatkan  kecergasan  fizikal  seterusnya  mampu  melakukan  aktiviti  seharian  tanpa  merasa  letih.    Keupayaan  fizikal  yang  optimum  melalui  aktiviti  senamrobik  meningkatkan  kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat.
5. Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua  lapisan  masyarakat dan peringkat umur.  Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana  senamrobik:
  • merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress  serta meningkatkan kekuatan fungsi otak. 
  • dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit  jantung dan pembuluh darah.
  • dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor.
  • dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan sihat.
OBJEKTIF SENAMROBIK 1M1S
Senamrobik  1Murid  1Sukan  1Malaysia  dijadikan  amalan  di  sekolah-sekolah  bagi  mencapai objektif berikut:
  1. meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan. 
  2. melibatkan penyertaan semua murid.
  3. mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas. 
  4. mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul. 
  5. meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp.
MATLAMAT SENAMROBIK 1M1S
Matlamat  mengadakan  aktiviti  senamrobik  ini  adalah  untuk  melahirkan  generasi  murid  yang  cergas  dan  sihat,  dan  membudayakan  senaman  sebagai  amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka.  Menerusi senamrobik, setiap murid akan  tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta  dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti  senamrobik  ini  juga  bertujuan  membina  keyakinan  diri  murid  supaya  yakin  melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

KESIMPULAN SENAMROBIK 1M1S
Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia  Sempena  Pelancaran  Bulan  Kecergasan  Peringkat  Kebangsaan  KPM  2012  diharapkan  dapat  mengembalikan  semula  keaktifan  aktiviti  senamrobik  di  sekolah.  Senamrobik  ini  juga  diharapkan  sebagai  satu  platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang  mudah dan menyeronokkan.

SEKITAR PANORAMA SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA DI SK PERMATANG PADA 10 JULAI 2012

Sesi Pendaftaran Bagi Ibu Bapa :

wakil ibu, sungguh ceria mereka.
tidak lupa daripada wakil bapa.
Sebelum acara senamrobik dimulakan :

kelihatan murid-murid tahap 1 juga sangat seronok menunggu aktiviti senamrobik bermula.
Guru SK Permatang, Cikgu Su dan Cikgu Khyree dengan semangatnya bersama anak didik sebelum acara senamrobik bermula.


Guru Besar memberikan ucapan perasmian sebelum Pelancaran Senamrobik di mulakan.
Acara perasmian, dirasmikan oleh,En. Abdul Halim Bin Abdul Rashid iaitu Ketua Kg Permatang. Banner ini telah dihasilkan oleh cikgu sekolah kita, iaitu Cikgu Halim..tahniah diucapkan, kerana hasil seninya sangat cantik.

Acara senamrobik berlangsung :

 Cikgu Khyree dan Cikgu Suraini di lantik sebagai "Jurulatih Senamrobik" pada hari tersebut.




Murid-murid mengikut gaya yang diajarkan oleh jurulatih..murid prasekolah juga tidak ketinggalan, dan nampaknya mereka sangat seronok..

pusing kanan...pusing kiri.. :)


Cikgu perempuan juga tidak kurangnya juga..semua semangat semasa bersenam..tengok tu Uztazah dan Teacher Siva..sungguh happy.. :)

tidak lupa, kaum ibu..siapa kata, kaum ibu tiada masa.. ('',)

anak murid SK Permatang..macam-macam gaya, walaupun di depan mereka, ada jurulatih..tapi tak sama..hehe
semangat kesukanan..Guru besar..

Gaya jurulatih..terbaik..

 semua lain-lain..tetapi yang belakang tu pun, dah macam jurulatih pula.. :)




semuanya semangat..bagus !!


murid prasekolah pun ceria semasa bersenam.

hahh, ni apa kes ni..ni senamrobik ke, "senam gado"..hehe. (just kiding)

Ceria sungguh ckgu suraini masa ni..


penutup lagu senamrobik, "chicken dance", semua murid semangat habis..lagu rancak katakan.

penat le tu..

cantiknya..pemandangan awan itu..

Alhamdulillah..sudah selesai..bye..

Khamis, 19 Julai 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak


Salam semua..sedar tak sedar bulan Ramadhan telah pun hmpir tiba..insyallah pada esok hari, 21 Julai 2012, maka semua Umat Islam akan menyambut bulan yang mulia ini. Semoga di bulan yang mulia ini, dapat memberikan hidayah serta dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya buat kita semua.

Haa..ingat tu...
Untuk murid-murid pula, puasa tau..jangan tak puasa. Dan tidak lupa kepada murid tahun 6, jangan jadikan alasan di bulan Ramadhan ini, contohnya alasan "Letih la..tido dulu la..", tidak rajin mengulangkaji pelajaran kerana sebabnya letih..lemah tak makan..tetapi ketahui lah adik-adik, sebenarnya di bulan puasa ini lah seharusnya menjadikan adik-adik lebih bersemangat, kerana bulan puasa banyak ganjarannya. dan adik-adik rajin lah berdoa, kerana di bulan Ramadhan ini, doa kita amat lah penting, sebab doa orang yang berpuasa, mudah di makbulkan..insyallah..apa pun, kita mestilah berusaha, baru nampak hasilnya..betul tak?? janji murid-murid SK PERMATANG, rajin berusaha + doa..maka KEJAYAAN lah yang diperolehi..
Sekian coretan hari ni, Jumaat, 20 Julai 2012..wasalam..

Selasa, 17 Julai 2012

Program Kecemerlangan UPSR Murid Tahun 6

Tarikh : 16 Julai 2012, Isnin.
Masa : 2.30 hingga 4.30 petang.
Tempat : Pusat Akses SK Permatang
Tujuan : Meningkatkan tahap kecemerlangan murid-murid menjelang peperiksaan UPSR yang bakal tiba, dengan program menjawab soalan latihan di portal Utusan Malaysia.
Portal Latihan UPSR : www.adap.com.my/online 
(portal utusan ini juga menyediakan latihan soalan untuk kategori PMR, dan SPM)

Berikut adalah suasana murid-murid tahun 6 ketika mengulangkaji pelajaran secara interaktif, atau secara online. Apa yang dapat diperhatikan murid-murid sangat seronok, teruja dengan setiap soalan yang di jawab. kerana selepas sesi menjawab, murid-murid dapat mengetahui markah bagi setiap ujian. Maka secara tidak langsung, murid-murid dapat mengetahui apa kesalahan yang mereka buat ketika menjawab soalan tersebut, kerana pembetulan jawapan yang betul juga disediakan.
Soalan Kertas ujian merangkumi semua subjek UPSR. Murid-murid hanya perlu pilih dan klik pada soalan subjek yang dikehendaki. Contohnya, Bahasa Melayu, hanya klik sahaja.

Sepintas Lalu :
Sebelum meneruskan menjawab soalan, murid-murid perlu memasukkan emel dan username yang dikehendaki.

selepas isi, seterusnya klik "start".
Murid-murid "log in" sebelum menjawab soalan subjek yang di pilih.


Murid-murid kusyuk menjawab soalan "online".

Sesi berbincang..menjawab soalan matematik, yang memerlukan pengiraan.


memerlukan tumpuan yang teliti..
contoh paparan soalan bagi subjek bahasa melayu.