Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Januari 2013 | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Rabu, 30 Januari 2013

Sambutan Majlis Maulidur Rasul 13 R.AWAL 1434H

Banner sempena Sambutan Maulidur Rasul di sekolah
Pada minggu lepas, bertarikh 25 Januari 2013, bersamaan 13 Rabiul Awal 1434H, sehari selepas kita cuti am, Maulidur Rasul, telah pun diadakan sambutan maulidur rasul di sekolah kita. Majlis ini dilaksanakan oleh Panitia Agama Islam. Alhamdulillah segala apa yang dirancangkan sebelum ini, dengan tentatifnya, semuanya telah pun berjalan dengan lancar. cuma masa nya agak mencemburui kita.

Majlis sambutan maulidur rasul pada tahun ini, di sekolah ini,agak berlainan dengan tahun sebelumnya. ini kerana, pada tahun ini, sekolah kita telah mengadakan perarakan sambil membawa sepanduk, mengikut kelas, dan sambil berarak, murid-murid berselawat ke atas junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Majlis ini bermula selepas waktu rehat, kira-kira pada jam 10.30 pagi. Murid-murid berkumpul di kantin, dan menuju ke masjid untuk acara perarakan. Murid-murid bersama dengan guru, berarak di masjid, dan menuju ke sekolah dan akhir sekali berkumpul di Dewan SK Permatang.
Kontijen membawa 'banner' di hadapan.
Uztaz Ghazali memberikan penerangan sedikit, dan memulakan selawat.
murid-murid berselawat beramai-ramai sebelum acara perarakan ke dewan sekolah.
perarakan sambil berselawat menuju ke dewan sekolah.
tidak ketinggalan murid tahun 1, cikgu Shairy mengawasi mereka. comel je murid tahun satu berarak.
murid lelaki tahun satu..segak belaka dengan berbaju melayu.


menuju ke sekolah.
murid sudah sampai ke destinasi akhir. menuju masuk ke dewan.
murid-murid masih berselawat lagi.
uztaz Ghazali memberi taklimat dan meminta murid-murid duduk untuk slot tayangan video dan tazkirah.
wajah mereka tidak sabar melihat tayangan video yang akan di tontonkan.
hasil sepanduk daripada murid mengikut kelas.
kreatif..
Slot tayangan video tentang kisah Nabi Muhammad S.A.W dan tazkirah
video..
murid-murid begitu kusyuk melihat tayangan video ini.


tidak ketinggalan guru-guru dan kakitangan sokongan juga melihat tayangan video yang di sampaikan oleh uztaz khairul anuar.
kelihatan cikgu halim sangat kusyuk.
tahniah di ucapkan kepada uztaz khairul, kerana komitmennya dalam slot ini. uztaz khairul baru sahaja di SKP pada tahun ini. uztaz khairul memberikan tazkirah berdasarkan video yang beliau tayangkan.
Slot akhir, acara kuiz uji minda kepada murid Tahap 2 (tahun 4, 5, dan 6)
- gambar di bawah adalah di antara mereka yang menjawab soalan uji minda tentang tema sambutan maulidur rasul ini. Tahniah di ucapkan kepada murid yang betul menjawab soalan yang di ajukan oleh uztaz khairul.





Berikut adalah senarai nama pemenang sempena Sambutan Bulan Maulidur Rasul mengikut bahagian yang dipertandingkan.

Pertandingan mewarna Tahun 1C :
  1. Nasrol
  2. Nurhidayah
  3. Nur Ammirah
  4. Mohd Al-Fian
  5. Alieya
  6. Nura Ulya Husna
Pertandingan mewarna Tahun 2C :
  1. Nur Dini Hananie
  2. Nur Husna Athirah
  3. Khairul Shahzwan
  4. Ain Syuhada
  5. Nurul Ain
  6. Shahrul Mizan 
Pertandingan mewarna Tahun 3C :
  1. Nurul Nasyirah
  2. Nur Dina Batrisya
  3. Nashima Nasuha
  4. Shamirul
  5. Rosmawati
  6. Nor Hatiera
Pemenang Kuiz Tahun 4C :
  1. Mohd Amirul Rasyid
  2. Mohd Rafieuddin
  3. Nabil Mohd Sani
  4. Nornajlah Hanini
  5. Mohd Firdaus Ariffin
Pemenang Kuiz Tahun 5C :
  1. Fatin Nor Syafikah
  2. Zulfadli
  3. Adlina
  4. Mohd Azahari
  5. Nor Syuhada
Pemenang Kuiz Tahun 5G :
  1. Puteri Nor Balqis
  2. Ismail Bin Azmi
  3. Fatin Nor Solehah
  4. Mohd Hazani
  5. Nor Najwa Nasuha
 Pemenang Kuiz Tahun 6C :
  1.  Mohd Amirul Haikal
  2. Izzuna Ahyani
  3. Alya Irdina
  4. Siti Nurfatihah
  5. Mohd Amirul Ammar
Pertandingan Sepanduk :
Johan - Tahun 4C
Naib Johan - Tahun 5C
Tempat ketiga - Tahun 6C

Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang..kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada aktiviti program yang akan datang..

Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul 1434Hijrah..


Salam semua..Pihak admin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Khamis, 24/1/2013, bersamaan 12 Rabiulawwal 1434 Hijrah.
Tema Maulidur Rasul pada tahun ini ialah, " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah ". 

Sejarah Maulidur Rasul
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.


Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.


Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
(sumber daripada wikipedia)



Selasa, 22 Januari 2013

Majlis Perasmian Dan Penyampaian Wang Bantuan RM100

PENGENALAN
Kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Kepada setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan Tahun 2013, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM540 Juta dalam pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 yang lalu.
OBJEKTIF
Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa penjaga murid.
KUMPULAN SASARAN
Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi sesi persekolahan tahun 2013 ini, di SK Permatang. 
(sumber maklumat daripada Buku Program Majlis Penyampaian Wang Bantuan RM100)

SEKITAR MAJLIS PENYAMPAIAN WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100
Pada minggu lepas, bertarikh 16 Januari 2013, hari Rabu, jam 3.00 petang, telah diadakan satu penyerahan wang RM100 kepada ibu bapa / penjaga semua murid. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Dato' Zainal Fadzil Bin Hj. Paharudin, ADUN Sungai Manik, tetapi beliau tidak dapat hadir atas sebab tugasan lain, dan mewakilkan isterinya, Datin Aziatul Wahidah Bt Haji Abu Bakar. Alhamdulillah majlis yang telah diadakan ini berjalan dengan lancar, dan juga faktor cuaca yang agak tenag paha hari itu. Kelihatan juga warga ibu bapa yang hadir bersama-sama dengan wajah yang ceria.

Sebelum Majlis

station pengambilan wang rm100
tempat tetamu hormat
wallpaper untk backdrop. 'testing' sebelum majlis dan hasil kerja ini oleh Juruteknik Komputer.
 skrin putih untuk 'slide show' wallpaper
Semasa Majlis Berlangsung
- aktiviti penyerahan baucer ke tempat kaunter masing-masing mengikut kelas.

ketibaan ibu bapa masuk ke sekolah, tetapi pagar sekolah di jaga rapi.
Kaunter penyemakan / penyerahan baucer Tahun 1, disemak oleh Cikgu Zaitun.
Kaunter penyemakan / penyerahan baucer Tahun 3, disemak oleh Ustazah Sarifah.
Kaunter penyemakan / penyerahan baucer Tahun 5, disemak oleh Ustazah Siti Nurasilawati.
Kaunter penyemakan / penyerahan baucer Tahun 6, disemak oleh Cikgu Sivagamy.
para ibu bapa menunggu giliran semasa beratur.
wajah ceria seorang ibu.
Tidak ketinggalan daripada wakil guru, yang anaknya ada di sekolah ini.

Semasa majlis perasmian untuk penyerahan baucer
- ucapan perasmian daripada Datin Aziatul Wahidah.
ucapan kata aluan daripada Guru Besar.
Guru besar memberikan ucapan berkaitan baucer rm100 dan berkaitan hal sekolah kepada ibu bapa yang hadir.
bacaan doa daripada uztaz Khairul Anuar.
ucapan daripada YB Datin.
Mengingatkan kepada ibu bapa agar menggunakan duit bantuan ini dengan sebaiknya.

- penyerahan duit bantuan kepada ibu bapa mengikut kelas. 




cenderahati daripada pihak sekolah kepada YB Datin.

- Pertukaran baucer di kaunter wang disediakan.

pertukaran baucer di bahagian juruwang, cikgu Shamsul.

pertukaran baucer di juruwang Uztaz Khairul Anuar. kelihatan staff, ppm Puan Zuraidah sedang menukar baucer untuk anaknya tahun 1.