Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Selamat Menyambut Ramadhan 1434H | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Rabu, 10 Julai 2013

Selamat Menyambut Ramadhan 1434H


Admin wakil dari warga SK Permatang, ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua warga sekolah dan pembaca setia blog kami ini.
semoga di bulan yang penuh mulia ini, dapat memberikan hidayah dan keberkatan dalam hidup kta sepanjang menjalani ibadah puasa ini.
Di samping itu, jadikan di bulan ramadhan ini, bulan yang dapat mensucikan diri kita daripada perkara-perkara yang tidak baik, di mana jika kita tidak menjaga adab puasa, maka puasa kita juga akan hilang keberkatan pahalanya. kerana di bulan puasa ini, banyak ganjaran pahala yang kita perolehi.
 
Kepada murid-murid terutama yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, banyakkan berdoa di bulan mulia ini. Doa orang yang berpuasa amatlah digalakkan, kerana banyak hikmahnya. Rajinlah mengulangi pelajaran ye adik-adik, walaupun di bulan puasa, kerana bulan ini, dapat mendidik adik-adik bersikap sabar. Allah s.w.t sentiasa bersama dengan orang yang bersabar.

0 comments:

Catat Ulasan