Free Blue Glitter Link Select Cursors at
Tema Hari Guru 2013, "GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI, 1 AGENDA" | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Ahad, 12 Mei 2013

Tema Hari Guru 2013, "GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI, 1 AGENDA"

Setiap tahun, setiap bulan Mei, yang jatuh pada 16 Mei, seluruh sekolah di Malaysia, akan menyambut majlis Hari Guru. Sambutan Hari Guru yang diadakan bertujuan mengingati segala jasa baik guru dalam mendidik anak murid bangsa, sehinggalah berjaya seperti sekarang. Oleh itu, jasa pengorbanan guru adalah amat besar buat kita semua, daripada tidak tahu apa-apa, kita menjadi pandai membaca mengira, sehinggalah berjaya menjadi manusia yang berguna kepada negara. Justeru, kita sebagai anak murid, hendaklah menghormati guru kita, kerana ilmu yang diturunkan adalah daripada guru kita. Jika kita sentiasa menghormati guru, mendengar kata guru, menolong guru, ilmu yang di sampaikan kepada kita sentiasa berkat, dan secara tidak langsung, kita mudah berjaya di dalam peperiksaan dan bidang kerjaya kita.

Tema Hari Guru pada tahun ini ialah, "GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI, 1 AGENDA". Berikut adalah huraian kepada tema tersebut ;

HURAIAN 1 ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1 AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

0 comments:

Catat Ulasan