Free Blue Glitter Link Select Cursors at
April 2012 | SK Permatang, ke arah kegemilangan sebagai sekolah unggul menjelang 2018

Ahad, 29 April 2012

Sejarah Asal Usul Nama Sekolah Kebangsaan Permatang

Antara gambar asal usul sejarah sekolah yang telah di edit.
Sekolah Kebangsaan Permatang, Sungai Manik yang terletak di Teluk Intan, Perak ini dengan lokasinya yang terletak di kawasan permatang (tanah tinggi) iaitu sawah padi. Sekolah ini dibuka seawal tahun 1934,dibina oleh Ketua Kampung pada masa itu, iaitu Tuan Haji Hassan Ibrahim bersama dengan Penghulu Mukim, Tok Abdullah dengan mencari kayu hutan(kayu bulat) untuk membina bangsal (barn) sebagai tempat bagi murid-murid untuk belajar. Bagaimanapun, bangsal itu roboh pada tahun 1936, kerana jenis material yang tidak berapa kukuh.


Pada tahun 1937, kerajaan inggeris telah membina membuat bangunan baru JKR serta dengan dua buah rumah guru. Walau bagaimanapun, bangunan tersebut masih belum mampu menampung semua bilangan ketika itu. sehinggalah pada tahun 1974, sebuah lagi bangunan baru dua tingkat dibina dan digunakan sepenuhnya pada 5 Januari 1976, dan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak pada masa itu, iaitu Tan Sri Mohd Ghazali Jawi.